Sunday, April 5, 2009

Muzium Arkeologi Lenggong

Dalam perjalanan ke Pengkalan Hulu hari Khamis yang lalu singgah di Muzium Arkeologi Lenggong yang terletak di Kota Tampan, Mukim Temelong, Lenggong dalam Daerah Hulu Perak iaitu kira-kira 6 km ke selatan pekan Lenggong dan 2 km dari simpang masuk jalan utama Kuala Kangsar - Gerik.
Sebelum nie hanya tengok je signboard ke Muzium nie tapi tak pernah singgah jadi kali nie nekad untuk singgah. Sampai lebih kurang pukul 3.00 petang dan lepas daftar, saya pengunjung ke 2 hari tue (mungkin bukan hari cuti jadi pengunjung memang kurang) terus Pengawal yang bertugas jadi tourist guide beri penerangan dan tunjuk bahan pameran kepada saya. Bawah nie gambar Pengawal tersebut tapi terlupa la pulak tanya nama dia. Terima kasih banyak-banyak sebab bagi penerangan
Yang menarik tentang muzium nie adalah pameran Perak Man. Rangka manusia zaman Paleolitik yang lengkap yang dijumpai di Gua Gunung Runtuh. Bawah nie adalah IC Perak Man, tengok dia hidup 10000-11000 tahun dahulu. Masa meninggal Perak Man nie berusia 40 - 45 tahun.
Gambar bawah nie kedudukan rangka Perak Man masa dijumpai di Gua Gunung Runtuh.
Di luar Muzium terdapat Taman Geologi yang terletak di bahagian belakang di atas bukit. Di sini diletak beberapa jenis batu-batu yang dijumpai semasa mencari gali bahan-bahan sejarah di sekitar daerah Lenggong.
Bagi yang berminat dengan sejarah terutama tentang manusia zaman Prasejarah elok la muzium nie dijadikan destinasi untuk lawatan. Lawatan ke tempat-tempat dijumpai Perak Man, tapak-tapak arkeologi boleh diadakan dan tourist guide akan disediakan oleh pihak muzium. Bayaran cuma RM 50.00 untuk lawatan ke satu gua.

12 comments:

Nazeri Harun said...

Pernah ke sana dua kali dua tahun dulu.. bersama JU-JU Sejarah kita, dan lawatan pelajar-pelajar SMK Sungkai.

siti_m said...

cikgu nazeri
JU-JU buat lawatan ke muzium ke?? kenapa sekarang tak de lawatan cam tu lagi???

Nazeri Harun said...

Masa tu Hj Razak panggil buat Gemilang atau kuiz Sejarah (saya tak ingat)di Lenggong, jadi sebelum balik kami ramai-ramai pegi ke Muzium tu.

ASH said...

Wah Perak Man pun dapat MYkad..kelakar le pulok!

Unknown said...

bagusnya ada info macam ni
nanti boleh - buat lawatan....
he....

Habshah said...

Assalammualaikum,

RM50.00 ke? Rasanya macam mahal tak?

Tukang cerita said...

Baguslah.....
nanti2 balik kg Grik, bleh singgah...

siti_m said...

ashley
tue la dia pun dapat MYkad orang sekarang ada yang tak buat lagi...

jinggo
muzium nie tak banyak sangat barang pameran tapi cuba buat lawatan ke gua-gua arkeologi tu lagi menarik...

Salam... Pn Habshah
Rasanya tak mahal sangat sebab untuk ke gua-gua tu jauh jugak kena jalan kaki ke sana dan gua-gua tue letaknya atas bukit jadi nak ke sana susah jugak.

Tukang cerita
ada kg kat Gerik ke?? singgah la muzium nie...

Hazlin Nazri said...

canggih jugak Perak Man tu yea? siap mykad lagi. dia nak buat apa mykad tu..

siti_m said...

lin
untuk gie ngundi esok kat bukit gantang.... hehehehe...

en_me said...

me baru limpas muzium arkeologi lenggong masa pergi dan balik dari pulau banding last weekend.. teringin nak singgah, tapi hari dah malammmm.. uhuhu

Unknown said...

Mohon ambil post ni.......