Semasa ke Pengkalan Hulu awal bulan April yang lalu sempat ke pekan Baling di Kedah pada petang 3 April. Inilah kali pertama sampai di sini jadi rasa excited sangat. Teringat bila baca buku sejarah, di sini la tempat dijalankan rundingan Baling antara kerajaan dan pihak British dengan Parti Komunis Malaya untuk menamatkan Zaman Darurat. Tapi tak tau pulak di mana tempatnya.Di pinggir pekan Baling terdapat gunung batu yang dikenali dengan nama Gunung Baling. Tue belakang menara jam nie gunung tersebut (tak sempat nak ambil gambar sangat sebab saya yang drive pada masa tersebut). Nie kalau tak salah menara jam yang dibina sempena kemerdekaan negara pada tahun 1957.
Balik dari pekan Baling singgah di R and R Gunung Inas, Kedah. Tempat nie cantik tapi sayang terbiar. Sampah sarap dan rumput dah mula panjang. Begitu jugak tempat permainan kanak-kanak pun tidak dijaga.
8 comments:
itu jam depan masjid baling..
Hentian Gunung inas tu cantik, berangin aje dok situ tp terbiar.. dulu ada gak kedai2 beroperasi kat situ, sebelah kiri Kedah sebelah Kanan Perak...
sayang kan kulna terbiar saja. kalo tidak tentu bertambah cantik sekarang...
Salam. Sudah agak lama tak ke kedah. cantik pemandangan digunung itu.
Huh..pekena capati melayu kat Baling. perh!! kalah capati benggali beb... Saya sental 2 keping.
kak pah
baling masih terpelihara dengan pemandangan yang menghijau. susah nak cari sekarang
cikgu nazeri
tue la dengar jugak tentang capati yang sedap di medan selera baling tue...
TEMPAT PERJANJIAN BALING TIDAK JAUH DARI PEKAN BALING.LOKASINYA IALAH SRK TUNKU PUTERA, LALUAN MENUJU PENGKALAN HULU.
CAPATI YANG SEDAP TU IALAH CAPATI CERIA YANG DIUSAHAKAN OLEH ISTERI MAT POSMEN.LOKASINYA IALAH HADAPAN BALAI POLIS BALING.
nama kedai capati tu kedai capati kak na. kedai mak njang saya. jemput ramai2 ke sana :-) ..
Post a Comment