Tuesday, August 11, 2009

Di Suatu Pagi...

Salam semua....
"Cikgu Indonesia tue besar dari Malaysia ke?"
"Indonesia tue pulau ke cikgu?"
Terkedu bila mendengar pertanyaan sebegitu keluar dari seorang pelajar Tingkatan 4. Peristiwa ini berlaku di suatu pagi ketika mengajar tentang topik 'Islam di Asia Tenggara'. Tak tau la kalau mereka saja nak menguji cikgunya atau memang betul-betul tak tau. Belum lagi cerita tentang negara-negara Eropah... Itu la yang terjadi bila Geografi bukan lagi menjadi subjek teras untuk pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan 5. Kedudukan sesuatu negara bukan lagi di dalam pengetahuan pelajar-pelajar. Kalau dahulu peta dunia ada dalam kepala pelajar-pelajar, bila cikgu sebut tentang sesuatu negara terus boleh terbayang di mana kedudukan negara tersebut di peta dunia.
Ok cuba tengok peta Asia Tenggar di bawah, cuba bandingkan keluasan Malaysia dan Indonesia. Errr.... nie bukan la nak mengajar Geografi tapi saja nak tunjuk kedudukan Indonesia dan peta Asia Tenggara.
http://4.bp.blogspot.com/_oMhNQ3iBee0/Sidoc9kD-DI/AAAAAAAAAGs/oPRN8iAusgU/s400/Peta+Asia+Tenggara+Warna.jpg
Ingat lagi masa zaman kanak-kanak dulu, saya adik-beradik suka main teka kedudukan sesuatu tempat berpandukan Atlas atau Buku Peta Dunia. Pernah main tak??? Mula-mula cari kedudukan satu tempat (kalau boleh cari tempat yang tulisannya paling kecik dan paling pelik namanya), lepas tue suruh la lawan kita cari tempat tue di peta tersebut. Kalau siapa dapat cari kedudukan tue dengan betul dan cepat dia menang. Jadi sebab nak menang, buku peta selalu dibelek dan dibaca untuk tahu kedudukan sesuatu tempat atau bandar. Tapi sekarang peta dunia pun pelajar-pelajar jarang nak tengok.... Hhhhmmmm......

9 comments:

hazlin said...

aku memang suka geografi...peta tu memang masih ada dalam koleksi buku... tp tak penah pulak main teka-teka...

siti_m said...

bestkan belajar tentang macam mana satu-satu fenomena alam berlaku dan belajar tentang negara lain. Nak ke sana tak tau bila.. dapat pergi ke tak jadi pegi dalam buku je....

kuIna LadyInRed said...

anak dara sy pandai cari Bali sebab peristiwa pengeboman tu..

ashley said...

Mujur kan dulu dulu belajor geografi..at least tau gak la dunia luar..

siti_m said...

kulna LadyInRed
anak dara kulna besar mana? kalau macam nie bagus la bila berlaku sesuatu peristiwa dia ambik kisah tentang tempat dan peristiwa tue. tapi masalahnya ada pelajar kita buat tak kisah tentang apa saja yang terjadi di sekeliling mereka..

siti_m said...

ashley
ari nie sebab geografi tak wajib pelajar tak usaha pun untuk ambik tau tentang dunia luar...

AIMI QISTINA BINTI ISHAK said...

Ha'ah..saya pun selalu main teka kat buku atlas..dengan abang2 saya..Rasa macam best pulak teringat kembali zaman kanak2..

siti_m said...

AINI QISTINA BINTI ISHAK
mengimbau balik zaman kanak2 memang menyeronokkan... tapi ada kawan saya yang tak pernah main nie... saya dulu main teka2 peta terutama masa hari hujan...
apa yang kita lakukan masa kanak2 sedikit sebanyak menjadikan kita seperti sekarang...

Anonymous said...

yah , blog ini benar , ini hampir sama dengan besarnya china di asia timur