Tuesday, August 18, 2009

Menjawab Pertanyaan....

Salam semua.... Selepas lama tak kena tag (ecehh.. macam selalu kena tag) dan bila kena pun selalunya buat-buat tak nampak dan tak jawab, hari nie kena jawab satu tag dari kulna LadyInRed nun jauh di utara. Tak pe la nak tulis apa dah tak tau sebab dalam seminggu nie macam tak happening je hidup nie.... jawab tag la pulak ada gak entry hehehe... thanks kuina.... Soalan nie susah jugak hhrmmm.... ' 3 sebab kenapa aku berblog' eerrr... tiru jawapan kuina boleh tak??? Lagi pun soalan nie dah bocorkan, jawapan pun dan tersebar kat seluruh alam maya nie...

Mula terjebak dalam alam berblog nie dah lama dari Mac 2007 lagi dengan satu blog peribadi tapi blog nie kena solex orang lain tak leh baca.... Mula sebab kat sekolah ada satu cikgu tue buka blog untuk tulis cerita-cerita tentang apa yang berlaku di sekolah dan situ ada citer tentang dia dan keluarga jugak. Tue yang cuba untuk berblog dan masa nie belajar sendiri je tak tanya sesapa pun. Kira boleh la...

Tahun lepas diadakan satu kursus membina blog untuk cikgu-cikgu. Tujuannya supaya cikgu-cikgu nie boleh buat blog untuk panitia dan subjek masing-masing. Wah berlumba-lumba kami bina blog subjek ada yang masih teruskan dan ada yang dah berkubur... Blog subjek saya ada lagi tapi bila tengok tak de orang berkunjung pun... maka tahap kerajinan semakin menurun. Mana tak sekolah nie berasrama, jadi bila masanya pelajar-pelajar nak bertenet kecuali bila balik kampung. Yang duduk di luar pun bukannya ramai.

Masa nie jugak lahirlah ramai bloggers di kalangan kawan-kawan sekolah yang membuka blog peribadi. Bila rakan-rakan tanya bila nak buat blog sendiri... masa tue la baru nak buat blog yang orang lain boleh baca maka lahir la Catatan Siti Sana Sini (eceh...). Jenuh la nak fikir nama blog last-last teringat lagu Siti Nurhaliza - Siti Situ Sana Sini maka lahir la blog nie. Hehehe... panjangnya sejarah saya berblog tapi tak jawab soalan lagi. Nie kalau jawab soalan exam sure fail... tak menjawab soalan.... Ok la nie jawapannya...

1. Untuk mencatat peristiwa-peristiwa yang berlaku
Kira nie macam diari la... sebab dulu-dulu memang ada diari tapi hangat-hangat taik ayam awal tahun je pas tue hampeh.... tak tulis dah... harap-harap blog nie tak cam tue. Tapi bila tiba penyakit "M" melanda, bersawang la blog nie... Blog subjek saya tue memang dah banyak sawangnyer... Dalam blog nie boleh cerita tentang sesuatu tempat bila gie jalan-jalan, tempat-tempat makan, nak cerita tentang masakan nie bukan blog masakan sesekali mungkin la, apa yang berlaku di sekolah, sekitar dan apa la yang terlintas di fikiran...

2. Ikut trend (boleh tak jawab cam nie???)
Habis tue situ sana sini asyik cakap pasal blog je... nak la jugak (boley??) Lagi pun streamyx memang dah ada, sebelum nie ada la chatting tapi sekarang dah tak teruja sangat kecuali dengan kawan-kawan. So berblog la boleh jugak asah skill menulis walaupun tak pandai pun...

3. Ok nie nak ikut jawapan kuina - Menambahkan kenalan dan kengkawan
Saya tak la ramai follower macam kuina tue dah lebih 200... tapi secara tak langsung berkenalan dengan ramai jugak kawan-kawan baru. Di samping tue boleh jugak tukar-tukar pandangan dan komen-mengomen di blog rakan-rakan bila rajin, kalo tidak baca je tak tinggal jejak pun...

OK abis dah jawapan pendek je kan tapi citer kat atas tue yang panjangnyer.... Nak tag sapa pulak ok sapa-sapa rasa nak jawap, jawap ler... sebab tau nak jawab tag nie payah sebenarnyer... kan... kan...

4 comments:

kuIna said...

toce toce sbb jawab..

cikgu2 ada kusus buat blog ya, bagus la. Patut la sy jumpa byk blog cikgu... sy blajr sndiri2 aja, baca blog sana sini sbb ramai blogger yg buat tutorial.. cuba buat sndiri.

setiap blog yg sy lawati sy tingglkn jejak..dr situ kita saling ziarah menziarahi & silatulrahim berpnjngan.

apapun moga terus maju jaya.

Hazlin Nazri said...

Salam,
Selamat berpuasa untuk kak ct sekeluarga.
semoga Ramadhan ni menjanjikan keberkatan buat kita yang berpuasa.

siti_m said...

kuIna LadyInRed
ada... tujuannya sebagai pendedahan utk buat blog subjek masing2. tapi asas je lain2 semuanya belajar sendiri. masing2 bertukar2 pendapat dan kalo tau sesuatu yg br akan dikongsi bersama

siti_m said...

salam lin
sama la Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak untuk lin sekeluarga
semoga kita sama2 mendapat keredhaanNya