Friday, July 24, 2009

Rutin Hari Jumaat

Salam semua.... Hari Jumaat sebagai mana biasa lepas sekolah akan jalan-jalan window shopping dan cari makan. Macam dah rutin pulak kalau tak ada tugas lain atau ke mana-mana. Nak balik ke rumah pun masih awal... jadi jalan-jalan la. Tapi tue la kat Manjung nie bukannya banyak shopping complex jadi pusing-pusing la antara Giant, Econsave, Fajar, Billion balik-balik tue je la. Nak grand sket kena kena ke Ipoh atau ke KL.Hari nie cuma shopping makanan laut je. Beli ikan bilis, sotong kering dan ikan masin. Esok akan ke Kuala Selangor untuk menghadiri majlis perkahwinan anak sulung Mak Lang, dan nanti bila jumpa Mak Ngah dia selalu tanya kenapa tak bawa sotong kering atau ikan bilis dari Manjung.... Jadi kali nie bawa la sikit untuk sedara-mara di Kampung Kuantan, Kuala Selangor. Ikan bilis Pangkor nie memang lebih sedap jika dibandingkan dengan ikan bilis tempat lain. Fresh pun ye jugak... Ashley pun setuju kan... Kawan-kawan kat Manjung nie memang setujua la... Sebelum tue esok kena pergi sekolah ye.... kerana ada pembentangan kajian tindakan katanya... Hhhhuuuuuu....
Hari nie nak makan apa pulak?? Kopitiam dah selalu pegi... cuma Uncle John Kopitiam tak cuba lagi tapi tue nanti la. Last-last pegi Secret Recipe je minum coffee latte dan makan singapore curry laksa. Tak best sangat laksa tue sebab mereka buat guna krim.

Masa taip untuk entry nie asyik dengar bunyi ambulan je.... Kebetulan Hospital Seri Manjung nie tak jauh dari rumah dan dengarnya pelajar-pelajar UITM Seri Iskandar yang dijangkiti Influenza A H1N1 atau lagi famous dengan nama Selsama B.b. tue telah dibawa ke hospital nie. Wah dekat tue.... sekolah pun dekat jugak dengan hospital nie.... Tue yang tadi di sekolah ramai yang kata kita kena beli topeng muka nie..... Minta semua selamat..... Amin..

2 comments:

azlina said...

salam siti...
memang siti kt uitm seri iskandar serius juga anak ina blk cuti sampai 2 ogos lagi...nasib baik dia x apa2 alhamdulillah...ina pun ank blk kuala esok..sgh le rmh emak ina...

siti_m said...

azlina
alhamdulillah anak ina sihat..
lepas sekolah esok saya memang akan ke kuala selangor kampung belah mak saya...