Thursday, April 30, 2009

Selamat Hari Pekerja

Horray!!!! Esok Jumaat cuti sempena dengan Hari Pekerja. Jadi diucapkan Selamat Hari Pekerja untuk semua tak kira la yang bekerja, dan yang tidak bekerja juga, yang sedang mencari kerja, dan yang tak mahu kerja-kerja, terutama sekali pekerja yang makan gaji buta. Hahahah... jangan ada yang terasa plak...


Semoga kita semua lebih akan menjadi produktif, kreatif, inovatif dalam melakukan tugasan dan dilimpahi dengan rezeki yang lebih, naik gaji, naik pangkat, dapat bonus dapat insentif dan sebagainya.

Tadi sebelum balik ada taklimat dengan Pengetua tentang lawatan yang ditunggu-tunggu dari Jemaah Nazir yang kemungkinan akan datang memantau sekolah minggu depan. Menurut Pengetua keje-keje yang telah dilaksanakan dari awal tahun dan dah berbulan-bulan nie... akan dilihat dan dinilai dalam minggu depan nie. Sehari je pemantauan tersebut. So apa lagi kena all out minggu depan, dari semua sudut terutama P & P. Hmmm... memang dah biasa dengan mengajar tapi bila sesekali dipantau peluh dingin tue mesti mengalir jugak... Insyaallah moga apa yang dihajati oleh semua warga SMTSM akan menjadi kenyataan....

Sempena dengan cuti esok apa kata kita baca cite jenaka nie..... Esok kan hari Jumaat...


Nie saya copy and paste je dari email, sebab pengajaran dari cerita ini patut di kongsi bersama cerita pasal harimau beriman boleh???


Kisahnya macam ni,

Ada lah sorang lelaki Islam ponteng sembahyang Jumaat. Sebaliknya dia masuk hutan untuk memburu ayam hutan. Sedang dia terhendap2 di dalam semak, tiba2 dia berlanggar dengan seekor HARIMAU yang sedang lena tidur. Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur kedalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan...

KRAKKKK!

Kedua2 kakinya patah.

HARIMAU tadi terus menghambatnya, sedangkan dia dah tak boleh bergerak lagi.

"Ya Allah," doa lelaki tersebut,

"Ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang jumaat pada hari Jumaat yang mulia ini...Ampunilah aku ya Allah... makbulkan hajat ku ini... jadikanlah HARIMAU yang memburuku HARIMAU yang beriman...tolong la ya Allah! Aminnn.."

Tiba2 guruh berdentum!

HARIMAU tadi tiba2 terhenti betul2 di hadapan lelaki tadi. Tiba-tiba....Sambil menadah kedua2 kaki depannya ke langit .. HARIMAU tersebut pun berdoa,

"Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azzabbannar. Amin"

Sekian sahaja cite kita ari nie....

Wednesday, April 22, 2009

Mempelam Harum Manis - Perlis

Harum Manis merupakan buah " trade mark " bagi negeri Perlis. Buahnya yang berbau harum dan isinya yang tebal kekuningan serta rasanya yang enak pasti menawan hati sesiapa saja yang mencubanya. Di makan bersama pulut sebagai salah satu sajian tradisi di negeri ini, ia juga enak dimakan begitu saja ataupun dinikmati dalam bentuk jus atau jem mempelam. Terdapat beberapa jenis mempelam yang popular di Negeri Perlis iaitu Harum Manis, Sala dan Maha. Tapi yang popular ialah Harum Manis kerana kemanisan dan baunya yang sesuai dengan namanya.
Musim pengeluaran mempelam adalah pada bulan April dan Mei pada tiap - tiap tahun. Boleh diperolehi di Bukit Bintang Sungai Batu Pahat. Keluasan kawasan tanaman mempelam di Bukit Bintang ialah 1,000 ekar dengan kadar pengeluaran hasil sebanyak 300 hingga 500 tan semusim pengeluaran.
Hujung minggu lalu ke Perlis lagi dan masa tue sempat berkunjung ke Pusat Pertanian Bukit Bintang , Bintong di Sungai Batu Pahat. Kalau ke Taman Ular mesti lalu pusat nie.
Pokok kecik je tapi penuh ngan buah.... Tengok la tue satu pokok banyak betul buahnya.
Kawasan dalam ladang harum manis.
Buah-buah harum manis nie di bungkus untuk mengelakkan dari berulat.
Masa di ladang hari tue buah-buah harum manis nie belum lagi dijual, penjualan kepada orang ramai bermula kebesokkan harinya iaitu 20 April. Aiseh.... jadi terpaksa la ke tempat jualan di luar pusat pertanian. Buah-buah mempelam nie adalah buah yang dijual di luar pusat pertanian tersebut. Tengok tue harga dia sekilo RM10.00. Tue untuk buah yang besar.
Harum manis nie perlu diperam dahulu sebelum dimakan kerana belum masak. Yang dalam gambar di atas perlu diperam 4 hari lagi baru boleh makan.
Masa di Pusat Pertanian tempoh hari hanya dapat beli mangga pulut sahaja, nasib baik masa tue mangga pulut dah mula dijual. Mangga pulut di atas harganya RM3.50. Memang sedap, harum dan manis mempelam nie dan pulut yang ditanak pun lembut dan sedap.
Dari ladang harum manis kami ke ladang anggur juga di Sungai Batu Pahat tak jauh dari ladang harum manis. Tapi ladang anggur di sini kecil je, dengarnya ada satu lagi ladang anggur yang lebih besar di Beseri. Betul ke? Tak pasti pulak.
Nampak tak buah-buah anggur yang bergayutan. Banyakkan buahnya...

Thursday, April 16, 2009

Ditikam Kawan Kerana Kentut!


Artikel nie keluar dalam akhbar semalam. Nampaknya selepas nie sapa yang suka buang angin di merata-rata tempat kena berhati-hati selepas ini sebab mungkin akan mengundang bahaya...

Tuesday, April 14, 2009

Baling, Kedah

Semasa ke Pengkalan Hulu awal bulan April yang lalu sempat ke pekan Baling di Kedah pada petang 3 April. Inilah kali pertama sampai di sini jadi rasa excited sangat. Teringat bila baca buku sejarah, di sini la tempat dijalankan rundingan Baling antara kerajaan dan pihak British dengan Parti Komunis Malaya untuk menamatkan Zaman Darurat. Tapi tak tau pulak di mana tempatnya.Di pinggir pekan Baling terdapat gunung batu yang dikenali dengan nama Gunung Baling. Tue belakang menara jam nie gunung tersebut (tak sempat nak ambil gambar sangat sebab saya yang drive pada masa tersebut). Nie kalau tak salah menara jam yang dibina sempena kemerdekaan negara pada tahun 1957.
Bulatan di Baling dihiasi dengan lampu-lampu pelbagai warna.

Balik dari pekan Baling singgah di R and R Gunung Inas, Kedah. Tempat nie cantik tapi sayang terbiar. Sampah sarap dan rumput dah mula panjang. Begitu jugak tempat permainan kanak-kanak pun tidak dijaga.
Sapa yang sukakan pemandangan gunung-ganang tentu suka tempat nie.

Sunday, April 12, 2009

To Sir With Love - Lulu



Hari nie cuba untuk letak video dalam blog nie. Saja letak lagu nie sebab bila dengar je teringat masa zaman sekolah dan belajar dulu, teringat kawan-kawan, cikgu, pensyarah...Hmmm... bestnyer if only we could turn back the clock

Friday, April 10, 2009

Hujan

hujan...
Malam nie hujan turun dengan lebatnya bermula dari pukul 8.55 tadi dan sekarang pun masih lagi hujan. Dah lama hujan tak turun dengan lebatnya di sini. Memang Manjung yang berdekatan dengan pantai selalu panas cuacanya. Sebab tue ada kawan-kawan yang kata (tak tau betul ke tak) air cond memang laku di sini. Mungkin jugak ye sebab bila lalu je di kawasan-kawasan perumahan di sini kebanyakan rumah dipasang dengan air cond, dah macam satu keperluan dan bukannya satu kemewahan.

Syukur la malam nie hujan jadi tak perlu pasang air cond dan jimat duit elektrik malam nie (semalam je jimat ke?) . Tidur awal la malam nie, nak tengok tv pun tak ada siaran, tue la kena bayar, tapi bila hujan je terus tak dapat siaran. Terbantut tengah tengok One in A Million tadi. Tomok tak nyanyi lagi ( tak la minat tapi dalam OIAM dia antara peserta yang menyerlah). Esok kena keje sebab menggantikan cuti bulan September nanti sempena Hari Raya. Akhir-akhir nie banyak pulak keje, datang bertimpa-timpa.

Minggu nie jadi guru bertugas dan hari nie dalam perhimpunan mingguan kena jadi MC. Walaupun dah biasa bercakap dalam kelas tapi bila sesekali bercakap di hadapan ratusan pelajar menggelabah jugak tambahan pulak big boss ada minggu nie. Hahaha... walau bagaimanapun Alhamdulillah semuanya berjalan lancar...

Hujan makin lebat pulak. Tido la...

Bila Guru Mentafsirkan Cinta


GURU FIZIK
Cinta adalah merupakan daya tarik – menarik antara kutub positif (lelaki) ke kutub yang tak sejenisnya (tentulah sidia)

GURU BIOLOGI
Cinta merupakan cara mempelajari hubungan antara makhluk hidupan dengan lingkungannya

GURU KIMIA
Cinta merupakan tindakbalas kimia yang tidak diketahui unsurnya

GURU MATEMATIK
Cinta adalah satu cara untuk menentukan daerah ketidaksamaan antara dua garis yang tidak sejajar

GURU PENDIDIKAN ISLAM
Jangan sekali-kali meninggalkan cinta tetapi jangan terlalu dekat padanya kerana hidup ini penuh dengan iblis dan syaitan yang sanggup menggoda manusia untuk membuat dosa dan cinta adalah sasaran dosa

GURU PENDIDIKAN MUZIK
Cinta adalah ibarat irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan

GURU EKONOMI
Cinta merupakan keperluan manusia yang harus dipenuhi sama ada secara langsung atau tidak langsung

GURU SEJARAH
Cinta akan hanya akan menjadi cinta sekiranya ianya tepat dan benar. Tapi jangan lupa jika ada sebab, pasti ada akibatnya.

GURU GEOGRAFI
Cinta adalah seperti 4 musim yang melanda kebanyakan Negara Eropah….kadangkala berbunga, kadangkala panas, kadangkala dingin dan kadangkalanya luruh

GURU BAHASA
Cinta dianggap indah kerana di dalamnya ada satu kesatuan yang harmonis antara bentuk bahasa dan isinya


Tuesday, April 7, 2009

The Best Roti Canai In Manjung

Wah tajuk bukan main lagi... mesti ada yang tak sokong. Kalau ada yang tak sokong pun, tapi nie la pendapat ramai yang pernah makan roti canai di gerai nie.
Entry kali nie tentang makan-makan. Baru-baru nie sembang-sembang tentang roti canai dengan kawan-kawan di sekolah. Masa tue keluar la tentang gerai roti canai nie yang terletak di tepi sungai, Kampung Sitiawan. Gerai nie hanya jual roti canai biasa dan telur sahaja di samping nasi lemak bungkus dan kuih-muih. Hujung minggu kalau lambat, tentu susah untuk dapat tempat duduk dan nak dapat apa yang diorder pun lambat.
Tu dia roti telur dengan kuahnya. Kuah tue hanya la kuah kari ikan, tak de dal atau sambal. Tapi walaupun simple rasanya tak dapat dilupakan. Roti canai pun lembut dan lemak.
Roti nie kalau makan masa dah sejuk pun masih lagi lembut, tambah makan kat gerai masa panas-panas.... wow... bestnyer.... Pelanggannyer ramai, terdiri dari orang Melayu, dan orang Cina pun ramai. Orang kata kalo Cina pun datang makan jadi memang gerenti sedap la makanan tue... Rasanya hujung minggu nie nak gie makan la roti canai nie. Alamak lapar la pulak.....

Ucapan Hari Lahir

http://i65.photobucket.com/albums/h237/mamajambu/rose-3.gif

Buat si dia, rasanya beum terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir pada hari ini 7 April dan 9 April pulak adalah hari lahir sahabat lama yang sangat-sangat memahami Noorazillah Anuar.

My wish for you....
* Where there is pain, I wish you peace and mercy.
* Where there is self-doubting, I wish you a renewed confidence in your ability to work through it.
* Where there is tiredness, or exhaustion, I wish you understanding,patience, and renewed strength.
* Where there is fear, I wish you love, and courage.


Sunday, April 5, 2009

Muzium Arkeologi Lenggong

Dalam perjalanan ke Pengkalan Hulu hari Khamis yang lalu singgah di Muzium Arkeologi Lenggong yang terletak di Kota Tampan, Mukim Temelong, Lenggong dalam Daerah Hulu Perak iaitu kira-kira 6 km ke selatan pekan Lenggong dan 2 km dari simpang masuk jalan utama Kuala Kangsar - Gerik.
Sebelum nie hanya tengok je signboard ke Muzium nie tapi tak pernah singgah jadi kali nie nekad untuk singgah. Sampai lebih kurang pukul 3.00 petang dan lepas daftar, saya pengunjung ke 2 hari tue (mungkin bukan hari cuti jadi pengunjung memang kurang) terus Pengawal yang bertugas jadi tourist guide beri penerangan dan tunjuk bahan pameran kepada saya. Bawah nie gambar Pengawal tersebut tapi terlupa la pulak tanya nama dia. Terima kasih banyak-banyak sebab bagi penerangan
Yang menarik tentang muzium nie adalah pameran Perak Man. Rangka manusia zaman Paleolitik yang lengkap yang dijumpai di Gua Gunung Runtuh. Bawah nie adalah IC Perak Man, tengok dia hidup 10000-11000 tahun dahulu. Masa meninggal Perak Man nie berusia 40 - 45 tahun.
Gambar bawah nie kedudukan rangka Perak Man masa dijumpai di Gua Gunung Runtuh.
Di luar Muzium terdapat Taman Geologi yang terletak di bahagian belakang di atas bukit. Di sini diletak beberapa jenis batu-batu yang dijumpai semasa mencari gali bahan-bahan sejarah di sekitar daerah Lenggong.
Bagi yang berminat dengan sejarah terutama tentang manusia zaman Prasejarah elok la muzium nie dijadikan destinasi untuk lawatan. Lawatan ke tempat-tempat dijumpai Perak Man, tapak-tapak arkeologi boleh diadakan dan tourist guide akan disediakan oleh pihak muzium. Bayaran cuma RM 50.00 untuk lawatan ke satu gua.

Saturday, April 4, 2009

Pengkalan Hulu

2 – 4 April 2009 ke Pengkalan Hulu, Perak untuk menghadiri mesyuarat di Chalet Air Panas, Jalan Betong, Pengkalan Hulu, Perak Darul Ridzuan. Nie kali kedua berkunjung ke sana, kali pertama 7 tahun dahulu semasa membawa pelajar untuk pertandingan memanah peringkat Negeri Perak di SMK Tun Saban.

Signboard selamat datang… wah 380 meter dari aras laut tinggikan… Pengkalan Hulu ini dan letaknya di hujung Perak, sempadan dengan Kedah dan Betong,Thailand.

Roundabout di pekan Pengkalan Hulu dan kawasan di sekitar pekan.

Kali nie memandu seorang diri ke sana yang jauhnya lebih kurang 250 km. Selepas melalui bandar Gerik, hujan turun dengan lebatnya sepanjang jalan ke Pengkalan Hulu (dari Gerik ke Pengkalan Hulu lebih kurang 50 km). Dah la tak biasa dengan jalan nie yang berbukit bukau, jalan pun tak nampak sangat sebab hujan lebat, sorang pulak tue… jadi drive je la slow-slow. Tiba di Pengkalan Hulu, hujan dah mula reda… lega sebab senang nak tengok sign board untuk ke Chalet Air Panas. Jalan ke chalet nie ingat-ingat lupa (ye la sampai sini 7 tahun yang lalu) nasib baik masuk jalan yang betul sampai jugak akhirnya… legaaa….

Tak banyak perubahan yang berlaku di Chalet nie. Terdapat kolam air panas di sini sesuai untuk mereka yang ingin merendam kaki dan untuk sakit-sakit sendi. Chalet-chalet dibina di sekeliling kolam air panas ini.

Di chalet ini selama 3 hari 2 malam bosan sikit sebab siaran TV tiada, wifi lagi la tak ada… Sesiapa yang nak bertenet kena ke pekan Pengkalan Hulu. Tapi yang bestnya makan di sini memang sedap…. erkkk… abis la…. tak jugak diet….

Wednesday, April 1, 2009

Rahsia tapak tangan anda, tengok boleh percaya jangan

Sememangnya terlalu banyak rahsia yang tersemadi pada tangan kita...walau bagaimana pun ini cuma ramalan saja dan jangan terlalu fanatik sangat untuk mempercayainya..

Cuba perhatikan setiap garisan pada tapak tangan korang dan bandingkan dengan garisan yang dinomborkan seperti di bawah... setiap garisan mempunyai maksud yang tertentu. Tapi jangan la panik, bukan semua garis yang dinyatakan itu terdapat pada tapak tangan korang.. and of course la bentuknya juga berbeza-beza.. ada yang kurang jelas, putus-putus dan sebagainya. So selamat 'menilik'.. jangan tersalah tilik, sudah la!





1. Garis Kehidupan

Garis bertanda nombor 1 ini adalah berkaitan dengan kehidupan kamu. Semakin ia panjang dan terang garisnya, semakin baik maksudnya. Dikatakan seseorang itu akan panjang jangka hayatnya jika mempunyai garis yang sedemikian lebih-lebih lagi jika garisnya mencecah hingga ke penghujung.

2. Garis kecergasan

Garis bertanda nombor 2 ini pula bersangkutan dengan tahap pemikiran dan keupayaan kamu untuk berjaya ke peringkat tinggi. Misalnya seorang pelajar, jika ia jelas, terang dan lurus, ia memperlihatkan bahawa kamu seorang yang bekerja keras untuk berjaya dalam pelajaran dan kamu berupaya untuk belajar' dengan lebih gigih. Bagi kamu, setiap kejayaan perlu disertakan dengan usaha yang gigih. Tidak hairanlah orang yang mempunyai garis ini mampu menjejakkan kaki ke menara gading tanpa sebarang masalah.

3. Garis hati/cinta

Garisan ini melambangkan perasaan dan percintaan kamu. Sekiranya kamu mempunyai satu garis yang panjang dan lurus, ia menunjukkan bahawa! kamu setia dalam percintaan dan mungkin hanya mengalami satu episod cinta saja.

Manakala sekiranya garis itu putus-putus dan terdapat cabang-cabang lain, ini menunjukkan kamu mungkin mempunyai beberapa pengalaman gagal dalam bercinta sebelum menemui cinta yang sejati. Malah jangan terkejut, ada diantara kamu yang mempunyai garis putus-putus ini ' curang' dan menjalinkan hubungan cinta dengan lebih daripada seorang gadis/jejaka dalam masa yang sama!

4. Garis kejayaan

Cuba kamu perhatikan garis yang bertanda nombor 4 ini. Adakah ia terdiri daripada satu garis sahaja? Kadangkala terdapat sesetengah orang yang mempyai dua atau lebih garisan ini. Dikatakan mereka ini bakal memperolehi kejayaan cemerlang dalam dua kerjaya atau apa juga yang diceburi oleh mereka nanti, mengikut garis yang terpamer di telapak tangan kamu itu.

5. Garis matahari ( Sun line)

Bukan semua orang yang mempunyai garis ini yang kelihatan dengan begitu jelas dan nyata. Sekiranya kamu mempunyai garisan sedemikian, ia menunjukkan kamu akan menjadi kaya dan terkenal dalam kehidupan kamu. Sebab itulah, ada orang yang mampu meraih kejayaan dalam dua bidang yang dilakukan dalam masa yang sama. Ini kerana sudah tersurat bahawa mereka ini mudah mendapat kejayaan.

6. Garis kesihatan

Sama seperti garis kehidupan, sebaik garisan adalah yang kelihatan jelas, lurus dan tidak putus-putus. Sekiranya garis ini putus-putus, ini menunjukkan tahap kesihatan kamu tidak begitu baik. Begitu juga sebaliknya.

7. Garis perkahwinan

Sekiranya garisan itu membentuk bulatan menghala ke arah kanan hingga ke tapak tangan, kamu diramalkan bakal mempunyai sebuah perkahwinan yang kekal dan bahagia selama-lamanya. Perkahwinan wujud hanya sekali saja dalam hidup kamu. Tiada lagi yang kedua dan seterusnya...

8. Garis bilangan anak

Setiap orang pasti ingin atau menyimpan hasrat untuk memiliki cahaya mata sendiri bila tiba masanya nanti. Berapa orang anakkah yang kamu inginkan? Tidakkah kamu perlu mengetahuinya? Apa yang perlu kamu lakukan ialah dengan mengira berapa banyak garisan halus dan pendek yang kamu miliki dan ia sebenarnya mewakili jumlah bakal anak kamu nanti. Misalnya kamu mendapat terdapat empat garisan dan ini bermakna jumlah anak kamu nanti ialah empat orang.

9. Garis perjalanan
Adakah kamu ini seorang yang sukakan sesuatu kehidupan yang mencabar, suka merantau atau melawat tempat-tempat asing? Sudah tentunya kamu ini mempunyai garisan perjalanan yang cukup jelas dan terang, seperti yang dinyatakan pada garisan bernombor 9. Tidak hairanlah sekiranya kamu ini juga suka hidup berpindah-randah dan mudah bosan dengan sesuatu tempat.

10. Garis kewangan

Setiap orang semestinya mengimpikan kehidupan yang sempurna dan bahagia. Tentu sekali ia mudah dicapai jika mempunyai kewangan yang kukuh. Bagi kamu yang memiliki garisan bernombor 10 ini dengan jelas dan terang, dikatakan kamu mampu memperolehi wang yang banyak melalui pekerjaan yang kamu lakukan itu.

11. Garis pergelangan tangan

Cuba kamu perhatikan pada pergelangan tangan kamu di sebelah dalamnya. Terdapat garis-garis seolah-olah gelang kan? Diramalkan, setiap garis membentuk gelang itu mewakili 25 tahun jangka hayat kamu. Kira saja berapa gelang yang kamu ada dan ramalkan jumlah hayat kamu sendiri! Tapi awas! Jangan terlalu percaya sangat.... ajal dan maut di tangan Tuhan kan?

Bila jari kamu dirapatkan....Apa yang kamu lihat bila merapatkan kesemua jari kamu itu di antara satu sama lain? Adakah semuanya rapat-rapat? Kemudian cuba kau perhatikan di antara jari kelengkeng dan jari manis kamu sewaktu kamu rapatkan keduanya.

Cuba dekatkan jari kamu itu dengan mata kamu dan tengok sama kamu boleh lihat ada sebarang 'gap' di antaranya... sekiranya kamu dapat melihat cahaya di antara keduanya... bermaksud ia tidak rapat dan renggang... maknanya kamu ini seorang yang cukup pemurah. Malah kadangkala kamu juga terlalu boros dalam berbelanja. Walau bagaimanapun kamu ini bukan seorang yang kedekut! Sebaliknya sekiranya tiada ruangan di antara kedua jari tu bile dirapatkan, ini bermakna kamu ini kedekut orangnya dan pentingkan diri sendiri! betul ke? Hehehehe...kalau terkene jangan la mareee..