Monday, March 30, 2009

Sabtu 28 Mac 2009

Hari Sabtu yang lalu kena ke sekolah sebab ada Kursus Perkembangan Staf yang kedua untuk tahun ini. Dengarnya seluruh sekolah di Perak nie wajib mengadakan kursus untuk guru dan staf pada hari tersebut.
Nie gambar masa minum pagi di kantin sekolah lepas tamat sesi pertama. Saja letak gambar nie sebab nak tunjuk kat Tera gambar Cikgu Zamrudah di sebelah kanan, sebelah kiri tue Lin dari Warisku Minangrawa.
Sesi kedua diteruskan dengan ceramah dari Encik Azman Ali dari Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti. Penceramah nie kawan masa belajar kat UPSI dulu. Ceramah yang disampaikan bertajuk P&P yang Berkesan.
Rakan-rakan yang tekun mendengar ceramah yang disampaikan. Tambahan pula Bilik Persidangan baru saja dicat dan mendapat skirting dan alas meja baru jadi semangat cikgu-cikgu pun semuanya berkobar-kobar dan bersemangat mendengar ceramah yang disampaikan oleh Puan Pengetua pada sesi pertama dan Encik Azman Ali semasa sesi kedua.

Dun test my english lor.........

Take a break and kita enjoy kejap...hehe. Jumpa joke nie kat satu forum letak kat sini la... sekarang pun isu PPSMI pun kecoh tak habis lagi kan...

You might like it.

This is hilarious... ..even an Englishman could not construct sentences using numeric,
which is exclusive only to Malaysians and Singaporeans.
Ah Lek was asked to make a sentence using
1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9,10.
Not only did he do it 1 to 10, he did it again from 10 back to 1. This is what he came up with.....


1
day I go 2climb a 3 outside a house to peep. But the couple saw me, so I panic and 4 down. The man rushed out and wanted to 5 with me. I ran until I fell 6 and threw up. So I go into 7-eleven and grabbed some 8 to throw at him. Then I took a 9 and try to stab at him. 10 God he run away.

10
I put the 9 back and pay for the 8 and left 7-eleven. Next day I called my boss and told him I was 6. He said 5, tomorrow also no need to come back 4 work. He also asked me to go climb a 3 and jump down! I don't understand. I am so nice 2 him but I don't know what he 1.

Sunday, March 22, 2009

Bismillah Cendol

Hari nie nak buat entry tentang makan-makan lagi. Semalam tak sempat masuk kan entry nie. Sebelum nie saya pernah citer tentang makan cendol di Jo Cendol yang famous di Napoh, Kedah. Ada jugak tentang cendol di Kuala Kangsar. Baru-baru nie masa cuti yang baru lalu cuba jugak cendol di Fatin Corner, Kangar. Orang Kangar mesti tau la tempat nie.
TAPI dalam banyak-banyak cendol yang pernah dicuba tak lawan la cendol nie. Adik saya siap kata "The Best Cendol in Malaysia...." Wah... over taw, tau la orang Taiping... marah orang lain. Tak kira la... tapi orang Taiping mesti tau cendol nie. Memang famous dan sedap.

Nie la kedai cendol tue kecik je tapi ramai pelanggan. Kat kedai nie cuma dijual cendol, laksa dan pasembor. Tapi yang pasti orang ke sini memang untuk makan cendol.
Cendol dengan kacang merah cuma RM1.20. Sapa yang berkunjung ke Taiping cuba la cendol nie, cuba sekali pasti nak lagi.

Saturday, March 21, 2009

Cuti-cuti

Lamanya tak update blog..... Cuti sekolah pun tinggal sehari je lagi. Sepanjang cuti hingga ke hari ini berada di utara mana lagi kalau tak di Kangar untuk melawat abah dan keluarga Abang Nan. Di Perlis pun tak ke mana...
Hari nie balik dari Perlis singgah sekejap di rumah kat Taiping untuk jenguk-jenguk kejap rumah dan adik, Mahmud di sana.
Entry jalan-jalan cari makan dah lama tak tulis kan... Tadi lepas balik dari kampung singgah makan di Doli Kuey Teow Goreng yang terletak di Jalan Regat Tupai. Memang famous kedai nie, baru-baru nie keluar kat Astro Prima dalam rancangan Warung Kita.
Dalam gambar di atas, perempuan di belah kiri tue la yang masak kuey teow goreng yang terkenal tue bukan guna dapur gas tapi pakai arang.
Hidangan yang terkenal di sini tentu la kuey teow goreng. Ada dua jenis yang biasa dan special. Yang membezakan antara keduanya adalah dari segi kuantiti udang, kerang dan kuey teow. Dari segi rasa ramai yang puji sedap. Cuba lah...
Ini satu lagi hidangan yang dijual di sana iaitu Mee Kari. Restoran nie tak jual banyak pilihan makanan antaranya nasi ayam, mee rebus, kuey teow sup dan sup ayam, tapi ramai betul pengunjungnya. Macam tadi kena tunggu sejam baru dapat hidangan yang dipesan. Bila tanya Azalillah dia kata tak pe la tunggu sejam pun sebab memang puas hati.

Sunday, March 8, 2009

KOT Sekolah Kali Ke-11 2009

Entry nie patutnya nak letak semalam tapi sebab ada kerja lain jadi tangguh ke hari nie. Kalau baca blog rakan-rakan sekolah ramai yang letak tentang acara sukan tahunan yang diadakan semalam Sabtu, 7 Mac 2009. Ramai yang tulis tentang acara yang berlangsung di padang dengan gambar dan ceritanya. Tapi entry saya lain sikit sebab saya berkesempatan berada di padang sekejap sahaja sebab tugas saya yang memerlukan saya berada di tempat lain.

Tengok gambar-gambar nie mesti tau kerja yang perlu saya laksanakan. Ye la tue kena uruskan makan dan minum atau jamuan untuk VIP termasuklah guru-guru. (Sebab tu la gambar acara di padang, kawad kaki dan penyampaian hadiah tak ada dalam koleksi) Gambar pertama di atas belah kiri tue adalah jamuan selepas majlis perasmian yang diadakan di Bilik Ketua Bidang dan yang lain-lain adalah jamuan makan tengahari selepas tamat acara sukan di padang yang diadakan di Dewan Makan Aspuri.

Hidangan untuk VIP diadakan di atas pentas Dewan Makan Aspuri. Pengetua Kanan, Puan Siti Arfah dan para tetamu sedang menjamu selera.

Menu makan tengahari adalah masakan kampung seperti ayam masak lemak cili api, kerabu taugeh dan ikan masin seperti dalam gambar di atas.

Yang mendapat sambutan dari tetamu dan guru-guru ikan keli dan temenung bakar bersama air asam, ulam-ulaman serta sambal belacan, tembikai sebagai pencuci mulut, air sirap dan nasi putih.

Selepas penat bekerja di padang, kita menjamu selera la pulak.

Koleksi Fridge Magnet Terbaru

Lama jugak tak ada koleksi terbaru FM sebab tak ke mana-mana. Nie ada 3 FM yang baru saja dapat dari adik. Terima kasih sebab hadiahkan FM nie. Nak tunggu saya sendiri sampai ke tempat tue tak tau la bila... Jangan lupa beli lagi ye... hehehe....

Tuesday, March 3, 2009

Illusi

Hari nie nak letak entry yang lain sikit. Mari kita bermain dengan ilusi. Kot-kot boleh hilang tension sat... Cuba la...

Weird, ek.. but fun

Ok nie satu lagi...
tengok dots pink tu ; focus kat +

Amazing mata kita nampak kaler lain lak kann??



Cuba pulak yang bawah nie.... Kira... 1, 2, 3... berapa yee....


Berapa agaknya black dots tue ekk???

Ok another one...

This is a pretty neat optical illusion. Kinda like a black hole that you keep getting deeper and deeper into.



When staring into the middle it appears as though the black hole is getting larger and larger, or that you're falling into it.

Tengok nie pulak ....
check it out..!!





Sunday, March 1, 2009

Hujung Minggu

Hujung minggu nie sekali lagi berada nun di utara... Kangar, Perlis. Sepatutnya hujung minggu ini saya mengikuti rombongan Cik Kiah ke Kelantan. Tapi tak pe la, rezeki tak ada nak ikut rombongan tue.... walaupun, lawatan yang tujuan utamanya shopping dan shopping dan shopping nie dah dirancang awal lagi. Sebab kalau ke sana dengan hati yang tak senang pun tak seronok jugak. Jadi di saat-saat akhir cancel nama dan terus ke Kangar untuk menjenguk Abah sekali lagi. Abah masih lagi belum sihat. Nie pun baru je sampai dari Perlis lebih kurang sejam yang lalu dan lepas berehat sebentar jenguk kejap blog nie. Macam dah terbiar dan tak aktif sekarang. Nanti la ada masa update lagi, penat drive tak hilang lagi...

Wednesday, February 25, 2009

Apa Pun Yang Terjadi...

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti.....
Dalam hidup, kita akan selalu diasak dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Tue semua permainan kehidupan yang perlu ditempuhi tanpa putus asa dan berhenti dipertengahan jalan. Lirik lagu Siti Nurhaliza nie selalu dimainkan dalam drama Spa Q2. Dengar-dengar best jugak liriknya dan boleh dijadikan panduan...

Lamanya tak menjenguk ke sini. Tengok chatter box macam-macam message yang ditinggalkan... Terima kasih kerana meninggalkan pesanan dan komen, semuanya amat dihargai. Tapi diharapkan selepas ini kalau boleh tidak ada lagi message yang boleh menyinggung perasaan orang dan yang sewaktu dengannya (tapi.... jangan la lepas nie tak nak tinggal komen pulak ye...). Kalau nak komen lagi dan panjang-panjang boleh email kepada saya.

Mula-mula memang sibuk dengan kerja-kerja sekolah yang perlu diselesaikan tambahan pula mesyuarat untuk satu jawatankuasa di mana saya menjadi setiausahanya dipercepatkan... jadi kelam-kabut jugak la nak menyiapkan semua tue. Sepatutnya mesyuarat yang dicepatkan akan berlangsung hari ini 25 Februari tetapi sebab sesuatu yang tak dapat dielakkan maka akan dijalankan esok. Lega jugak sebab boleh selesaikan kerja-kerja yang ada sikit lagi tue yang tak dapat diselesaikan hujung minggu yang baru nie.
Nie la yang perlu disediakan seperti kertas kerja, jadual, borang-borang instrumen dan file. Selepas siap dan diperbanyakkan maka semua nie perlu disusun di dalam file. Tapi semua nie bukan la masalah besar sebab tugas nie adalah tahun ketiga saya memegangnya.
Yang berterabur nie adalah file yang dah siap sebenarnya cuma tertinggal satu bahan lagi tak dimasukkan jadi sebab tu la meja tu jadi macam nie.
Memang mulanya berniat untuk update blog nie hujung minggu yang lalu tapi sebab ada kekangan maka sepanjang hujung minggu yang baru lalu bermula hari Sabtu sampai semalam Selasa di sini la saya berada di Kangar, Perlis.
Jalan nie di lalui sebanyak 3 ke 4 kali sehari untuk ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.
Berada di Kangar kerana Abah kurang sihat dan berada di Hospital ini.Wad nie adalah tempat Abah ditempatkan yang terletak berhadapan dengan bangunan di atas tadi.
Di belakang pintu di sebelah kiri adalah tempat katil Abah.
Nie pulak biodata pesakit yang diletakkan di atas kepala katil. Alhamdulillah Abah telah dikeluarkan dari hospital semalam tapi badannya masih lagi lemah. Didoakan Abah akan segera sembuh dan kembali sihat, kuat dan cergas kembali. Berat hari untuk tinggalkan Abah tapi sebab tugas terpaksa juga kembali ke Manjung. Nanti la entry selanjutnya tentang Abah di hospital akan ditulis lepas nie.
Sekarang ada kerja yang perlu disiapkan. Daaaa....

Friday, February 13, 2009

Kita Dilahirkan

Kita dilahirkan dengan dua mata di depan, kerana seharusnya kita melihat yang ada di depan.

Kita lahir dengan dua telinga, satu kiri dan satu di kanan sehingga kita dapat mendengar dari dua sisi dan dua arah. Menangkap pujian maupun kritikan, dan mendengar mana yang salah dan mana yang benar.

Kita dilahirkan dengan otak tersembunyi di kepala, semiskin manapun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak seorang pun dapat mencuri isi otak kita. Yang lebih berharga dari segala permata yang ada.

Kita dilahirkan dengan dua mata, dua telinga, namun cukup dengan satu mulut. Kerana mulut tadi adalah senjata yang tajam, yang dapat melukai, memfitnah, bahkan membunuh. Lebih baik sedikit bicara, tapi banyak mendengar dan melihat.

Kita dilahirkan dengan satu hati, yang mengingatkan kita. Untuk menghargai dan memberikan cinta kasih dari dalam lubuk hati. Belajar untuk mencintai dan menikmati untuk dicintai, tetapi jangan pernah mengharapkan orang lain mencintai anda dengan cara dan sebanyak yang sudah anda berikan.

Berikanlah cinta tanpa mengharapkan balasan, maka anda akan menemukan bahawa hidup ini terasa menjadi lebih indah.