Saturday, March 21, 2009

Cuti-cuti

Lamanya tak update blog..... Cuti sekolah pun tinggal sehari je lagi. Sepanjang cuti hingga ke hari ini berada di utara mana lagi kalau tak di Kangar untuk melawat abah dan keluarga Abang Nan. Di Perlis pun tak ke mana...
Hari nie balik dari Perlis singgah sekejap di rumah kat Taiping untuk jenguk-jenguk kejap rumah dan adik, Mahmud di sana.
Entry jalan-jalan cari makan dah lama tak tulis kan... Tadi lepas balik dari kampung singgah makan di Doli Kuey Teow Goreng yang terletak di Jalan Regat Tupai. Memang famous kedai nie, baru-baru nie keluar kat Astro Prima dalam rancangan Warung Kita.
Dalam gambar di atas, perempuan di belah kiri tue la yang masak kuey teow goreng yang terkenal tue bukan guna dapur gas tapi pakai arang.
Hidangan yang terkenal di sini tentu la kuey teow goreng. Ada dua jenis yang biasa dan special. Yang membezakan antara keduanya adalah dari segi kuantiti udang, kerang dan kuey teow. Dari segi rasa ramai yang puji sedap. Cuba lah...
Ini satu lagi hidangan yang dijual di sana iaitu Mee Kari. Restoran nie tak jual banyak pilihan makanan antaranya nasi ayam, mee rebus, kuey teow sup dan sup ayam, tapi ramai betul pengunjungnya. Macam tadi kena tunggu sejam baru dapat hidangan yang dipesan. Bila tanya Azalillah dia kata tak pe la tunggu sejam pun sebab memang puas hati.

4 comments:

ummi afifah said...

restoran ni kat taiping ke?

siti_m said...

iye kat taiping... gie la cuba tak nyesalnyer

Ummi Nuhlan said...

dulu2 rajin gak pekena doli char kue tiaw ni...lambat sgt services dia..tapi sabar menanti...sedap punya pasai...
satu lagi bihun sup favourite saya...kat depan yawata lama kat kamunting..dia jual guna lori kecik tu..s.edap//

siti_m said...

ppb_ppkb
memang kena sabar sangat untuk makan kue tiaw doli nie
ooo nanti balik kg nak try la bihun sup tue..