Entry nie patutnya nak letak semalam tapi sebab ada kerja lain jadi tangguh ke hari nie. Kalau baca blog rakan-rakan sekolah ramai yang letak tentang acara sukan tahunan yang diadakan semalam Sabtu, 7 Mac 2009. Ramai yang tulis tentang acara yang berlangsung di padang dengan gambar dan ceritanya. Tapi entry saya lain sikit sebab saya berkesempatan berada di padang sekejap sahaja sebab tugas saya yang memerlukan saya berada di tempat lain.
Tengok gambar-gambar nie mesti tau kerja yang perlu saya laksanakan. Ye la tue kena uruskan makan dan minum atau jamuan untuk VIP termasuklah guru-guru. (Sebab tu la gambar acara di padang, kawad kaki dan penyampaian hadiah tak ada dalam koleksi) Gambar pertama di atas belah kiri tue adalah jamuan selepas majlis perasmian yang diadakan di Bilik Ketua Bidang dan yang lain-lain adalah jamuan makan tengahari selepas tamat acara sukan di padang yang diadakan di Dewan Makan Aspuri.
Hidangan untuk VIP diadakan di atas pentas Dewan Makan Aspuri. Pengetua Kanan, Puan Siti Arfah dan para tetamu sedang menjamu selera.
Menu makan tengahari adalah masakan kampung seperti ayam masak lemak cili api, kerabu taugeh dan ikan masin seperti dalam gambar di atas.
Yang mendapat sambutan dari tetamu dan guru-guru ikan keli dan temenung bakar bersama air asam, ulam-ulaman serta sambal belacan, tembikai sebagai pencuci mulut, air sirap dan nasi putih.
Selepas penat bekerja di padang, kita menjamu selera la pulak.
5 comments:
Assalammualaikum,
Kalau bertugas dekat tempat makan lagi best, tak perlu berpanas di pandang. makan pun boleh banyak.
Mesti best ikan bakar.
Thanks
w'salam
memang best keje jaga jamuan nie tapi bila caterer lambat.. nie yang jadi masalah
hehehe diaorang tau saya suka makan kot sebab tu selalu jaga jamuan.....
kak cah ikan keli bakar tue memang sedap....
nyum2... sedapnya ikan bakar cicah air asam... terasa brkeroncong perut ni
tera
ikan bakar cicah air asam memang la best kan. pernah makan ikan bakar kat umbai melaka lain dari ikan bakar kat manjung nie...
aku rembat 3 ekor keli bakar. yummy...
Post a Comment