Thursday, June 25, 2009

Hasil Kerja

Salam semua..... Saja-saja nak letak hasil yang dibuat masa kursus Asas Photoshop yang berakhir petang tadi. Kursus nie dianjurkan oleh IPGM Kampus Ipoh dengan kerjasama JPN Perak. Jadi semua tenaga pengajar adalah pensyarah dari IPGM Kampus Ipoh iaitu hari pertama En Lim Siong Theam dan En Mathan, manakala hari kedua dan hari nie fasilitatornya adalah En Mohd Zaki dan Dr Abdul Hadi. Urusetia untuk kursus ini adalah En Yap Thin Peng dari IPGM jugak. Memang la tak seberapa hasil kerja semasa kursus sebab bukan pro dan cuma didedahkan dengan perkara asas je. Puppet pun tentu lebih handal dan pro dari saya. Tapi tak pe la hasil budak baru belajar.
Gambar depan Taj Mahal nie antara latihan masa hari pertama. Wah dah sampai Taj Mahal rupanya hehehe... nak gie betul-betul entah bila nak sampai jadi sampai dalam gambar je la.... Siap pakai name tag masa ke sana ye.... hehehe... ada lagi tapi tunjuk yang nie je la...
Nie latihan buat poster sempena Hari Guru, latihan bersama dengan Nurul Huda cikgu dari SMK Dato Idris, Pantai Remis. Tengok hasil kumpulan yang lain lagi cantik dan kreatif, tapi sebab masa terhad jadi buat permulaan ok la kot. Janji kerja siap hehehe..... teruk betul... Kalau nak mahir Photoshop kena banyak trial and error baru boleh pandai. Hari nie ditunjuk tentang macam mana nak hilangkan kedut di muka dalam gambar, nak bagi nampak kurus dan muka runcing. Tapi nie hanya ditunjuk oleh pensyarah apa yang Photoshop boleh buat (Puppet nanti ajar saya naaa....). Tapi dah dipesan jangan buat superimpose yang bukan-bukan pulak.... Ishhhh..... tak ehhhh.... Tue yang sekarang tengok gambar cantik-cantik sebab kebanyakkannya telah di touch-up. (Errr.... Lin, TC dan Ummi Afifah nak berguru ngan akak tak??? Hehehe.....)

3 comments:

Tukang cerita said...

Salam kak...

jeles arrrr....
dah lama sbnrnya nak belajo pshop ni...tapi tak berkesempatan....'

ajar kami yer...
nanti belanja mee soto kat kantin...
:)

Hazlin Nazri said...

boleh! boleh! boleh!

nanti kita buat pot luck..

siti_m said...

TC dan hazlin
insyallah kalo ada kesempatan nanti ajar tapi akak pun masih terkial-kial lagi...