Saturday, June 20, 2009

Baru Nak Mula Balik...

Salam semua... Wah lamanya tak update blog nie... Tue ada yang kata, cuti dah abis dah.... entry sama jer... Entah la bila lama tak berblog nie tak tahu pulak nak tulis apa di sini... (sebelum nie pun tak de la citer apa sangat pun kan...) sedangkan banyak nak tulis di sini tentang cuti sekolah yang dah abis seminggu pun. Hari nie baru je balik dari Bukit Mertajam selepas habis mesyuarat di Hotel Summit bermula hari Khamis lepas Di hotel nie wifi cuma di lobby hotel dan restoran di poolside. Jadi tak boleh la nak bertenet.
Sebelum nie pernah sampai di Bukit Mertajam, tapi cuma lalu je bila nak ke utara ikut jalan lama, tak pernah singgah. Nie kira first time la tue yang kelam kabut jugak la nak cari hotel nie tapi nasib baik signboard ke BM ok dan hotel nie dari jauh lagi dah nampak signboardnya. Tapi bila nak balik tadi, nak cari jalan ke highway yang terus masuk di Juru tersalah jalan sebab hanya ikut signboard je jadi masuk highway dekat Seberang Jaya dah.... Tak pe la janji jumpa jugak highway tue.
Balik singgah di kampung sat di Kamunting sebelum terus balik ke Seri Manjung nie. Kereta punya la banyak... Ok la nie saja je letak satu entry sebagai penaik semangat untuk letak entry yang seterusnya.... hehehe.........

No comments: