Wednesday, June 24, 2009

Hari Kedua Kursus Photoshop

Salam semua.... Hari nie masih lagi mengikuti Kursus Asas Photoshop di PKG, Sitiawan. Semalam hari pertama kursus balik rumah ingatkan nak buka komputer dan cuba balik apa yang dibelajar sikit-sikit tue dan seterusnya nak masukkan entry dalam blog nie. Tapi... bila balik rumah penat pulak sebab.. dah mengadap komputer dari pukul 8.00 pagi lagi sampai pukul 4.30 petang terus tak bukak komputer langsung, tengok tv dan makan-makan sambil baca-baca majalah. Terfikir pulak macam mana la mereka yang kerjanya mengadap komputer jer??? Tak jemu ker???

Gelak pulak bila ada kawan-kawan yang mintak ajar Photoshop... Kursus yang dihadiri nie memang asas sangat... baru diperkenalkan dengan cara menggunakan tool box, asas nak buat layer, layer mask dan ada la lagi.... yang asas-asas. Yang mengikuti krusus nie pulak kebanyakkannya tak pernah belajar Photoshop jadi perjalanan kursus slow sikit. Nasib baik pengajar dari IPGM Kampus Ipoh nie sabar-sabar orangnya.... Kena selalu buat nampaknya sebab yang belajar semalam pun dah lupa sket-sket. Kalau tak buat selalu tentu lupa. Untuk TC dan Ummi Affifah insyaallah kalo ada masa nanti akak ajar mana yang tau la...

Hari nie tak sempat nak berblog sebab ada banyak latihan jadi tak boleh nak sambil-sambil berblog. Hehehe... nak jugak tue....

Ingat nak tunjuk hasil latihan yang dibuat tapi bila nak add image tak boleh pulak sebab gambar dalam psd image. Esok tanya penceramah la...

3 comments:

hazlin said...

orang kat sekolah dah ramai yg rindu...

belajor pepandai, nanti boleh ngajor pulok..

siti_m said...

ada orang ghindu ker???
isy.... terharunyer....
tengah belajor la nie pandai tak pandai tak tau ler heheheh....

azlina said...

siti seronok blh bljr photoshop..ina kalau ada peluang teringin nk bljr lagi...