Wednesday, October 29, 2008

Main Kutu

AMARAN: Kutu yang saya maksudkan bukannya merujuk kepada sejenis makhluk yang suka tinggal di kepala, rujuk gambar di atas. Kita jarang mendengar kanak-kanak yang ada kutu di kepala sekarang. Tapi dulu ini adalah normal bagi kanak-kanak.

Masa sekolah rendah dulu, cikgu saya siap bezakan tempat duduk sapa yang ada kutu dan tidak. Tiap-tiap minggu diperiksa kepala. Sapa yang ada kutu belah kiri yang belah kanan bebas dari kutu. Oppsss... saya tak masuk dalam kumpulan belah kiri ye...

Dah melalut pulak, ok balik pada topik kita hari ini tentang main kutu. Bukan main-main dengan makhluk di atas, tentu ada yang teringat dulu-dulu bila cari kutu dengan sikat kutu (ada jual lagi tak sikat nie? sikat nie gigi dia rapat-rapat dan selalunya buat dari buluh) lepas jumpa kutu tu ditindih dengan kuku. Bila tindih kemudian berbunyi, booommm... mati la kutu tu. Hehehe...

"Main kutu“ ini biasanya sinonim dengan kaum wanita masyarakat kita. Saya tak pasti, ada ke tidak masyarakat luar yang juga mengamalkan main kutu ini. Pada tafsiran umum main kutu ini bolehlah kita anggapkan sebagai satu kaedah menyimpan wang.

Caranya pula adalah dengan membentuk satu kumpulan dan daripada ahli kumpulan yang dibentuk akan dilantik seorang wakil atau ketua yang dipanggil "ibu kutu". Kira macam bendahari la..ni. Biasanya bendahari ini mestilah orang yang mempunyai latar belakang menjaga akaun dengan baik..kalau tak, hampeh!! Setelah ditetapkan berapakah jumlah tabungan untuk setiap bulan, maka cabutan undian akan dibuat untuk memilih giliran setiap peserta kumpulan.
Biasanya jumlah wang ditetapkan mengikut kemampuan ahli kumpulan tersebut. Di tempat kerja saya permainan kutu untuk tahun ini baru je selesai dan saya la ibu kutunya. Nie tahun ke 2 atau 3 saya volunteer untuk pegang jawatan nie. Susah jugak tugas nie, sebab pegang duit orang. Yang penting kena amanah. Tapi..... tu la saya nie garang sikit jadi ada la yang terasa hati semasa proses mengutip duit kutu nie (Ibu kutu nie sebenarnya buat kerja kebajikan ye.. sebab tolong kumpulkan duit dan bukan dapat apa-apa pun). Hhmmm... tapi tak ramai yang nak pegang jawatan nie.
Tahun nie kami main untuk 10 bulan sahaja dari Januari sampai Oktober dan satu nama kena bayar RM120.00 je. Dan setiap bulan 6 penama akan mendapat duit kutu ini. Jadi setiap bulan saya akan mengumpul duit kutu sebanyak RM7000.00 dan agih-agihkan kepada mereka yang tiba gilirannya. Susah tue sebab dalam kumpulan nie ada dari pelbagai bidang. Dari bilik guru akademik, bengkel-bengkel, pentadbir dan kakitangan pejabat. Alhamdulillah dah selesai semuanya. Tahun depan sapa nak jadi ibu kutu??? Bagi orang lain la pulak.

Pada saya main kutu adalah cara terbaik untuk saya menabung. Kalau harapkan diri sendiri yang simpan, maka sudah tentunya tempat simpanan saya ke dalam perut, ke pusat beli belah dan tempat-tempat yang sewaktu dengannya.
Bagaimana dengan anda?? Sudah tentu anda juga ada pengalaman tersendiri tentang main kutu ini. Nanti bolehlah kongsi-kongsikan di sini. Jika ditanya pada suara ramai…sudah tentu jawapannya berbeza. Pasti akan ada yang berkata tak elok main kutu dan pasti juga ada yang mengatakan sebaliknya bukan?

Pada era sekarang, sudah banyak komuniti internet yang mewujudkan ‘main kutu online’. Antara komuniti forum yang popular mewujudkan aktiviti ini ialah wanita melayu dot com dan juga ebazaar2u dot com.

Kebaikan Main Kutu
1. Mudah dan fleksibel untuk mendapatkan wang.Tanpa penjamin dan tanpa faedah yang dikenakan dan juga tanpa potongan biro angkasa.
2. Mewujudkan sikap menabung dan juga disiplin menyimpan wang. Senang nak bayar insuran kereta, nak kawin dll...
3. Mewujudkan sikap setia kawan dan eratkan silaturrahim…jangan kawan makan kawan udah

Keburukan Main Kutu
1. Peserta mungkin tertipu dan tidak mendapat wangnya kembali…report polis jer
2. Tiada pulangan faedah atau dividen.
3. …………………………………………………….
4. …………………………………………………….
5. …………………………………………………….

Pada anda semua, ada ke lagi keburukan yang anda rasa boleh memenuhi ruang kosong yang ditinggalkan tue. Jom, diskusi tentang ‘main kutu’. Sejauh manakah ianya menjana ekonomi anda???

5 comments:

Tukang cerita said...

Wah tahniahlah....
ibu kutu bercerita pasal kutulah...
kami, anak2 kutu, tukang baca jer...
"Tuan pengerusi, taun depan, saya cdgkan Cikgu Salina jadik ibu kutu...sapa setuju???"
Kui...kui...kui...

siti_m said...

akak setuju aje...
ke tukang cerita nak jadi ibu kutu pulak???

hazlin said...

kalauku jd ibu kutu, saper nak jadi papa kutu?

siti_m said...

lin...
errk... kena ada papa kutu jugak ke??

wan said...

join saya main kutu kat
dari RM20/1, RM100/5 RM200/10
RM400/20 dan full package RM720/36.
berminat hubungi saya d 0169900056