Friday, October 31, 2008

Pinggan Melamine

Artikel nie diambil dari petikan email yang diterima. Rasanya ramai yang dah tau tentang perkara nie. Di rumah kita mungkin boleh simpan pinggan mangkuk melamine kita dan tak guna dah, tapi macam mana kat kedai-kedai makan??? Banyak kedai yang masih menggunakan pinggan-mangkuk nie.

Kebanyakan pinggan plastic di Malaysia dibuat daripada MELAMINE yang mengandungi 'urea formaldehyde' dan sangat berbahaya kepada kesihatan. Urea Formaldehyde adalah sejenis bahan yang biasanya digunakan untuk membuat bekas barangan electric dan 'insulation' wayar electrik. Bahan ini amat berbahaya jika memasuki badan manusia. Ia boleh menyebabkan masalah sistem penghadaman, masalah pernafasan, batu karang, kegagalan buah pinggang, cancer pundi kencing dan kerosakan sistem pembiakan.
Kebanyakan restoran-restoran di Malaysia juga menggunakan pinggan jenis ini kerana ia tidak mudah pecah dan kelihatan cantik seperti pinggan ceramic. Mudah sahaja untuk mengenali pinggan mangkuk yang diperbuat daripada melamine.

Pada kebiasaanya di bawah pinggan ini tertulis MELAMINE. Tetapi pinggan-pinggan melamine yang di buat di Thailand atau China selalunya tidak menulis perkataan ini di pinggan tersebut. Mangkuk pinggan melamine dari Thailand adalah jenis paling berbahaya disebabkan bahan kimia yang terdapat dalam pinggan mangkuk tersebut sangat mudah 'leech out' ke dalam makanan kita, terutamanya jika makanan itu panas.

Oleh itu elakkan semua pinggan mangkuk plastik yg kelihatan berkilat seperti seramik, kerana ia kemungkinan besar adalah melamine.

Selain itu, bahan MELAMINE ini juga boleh bertindak-balas dengan bahan makanan dan membentuk racun yang lebih berbahaya, iaitu melamine cyanurate. Bahan ini akan membentuk crystal seperti kaca yang boleh merosakkan salur darah dan buah pinggang. Baru-baru ini kecoh berita tentang pencemaran melamine di dalam susu kanak-kanak. Kira-kira 15 bayi telah mati dan beratus-ratus sakit buah pinggang di China disebabkan oleh bahan ini.

Pada tahun 2007 juga, telah kecoh di Amerika Syarikat kerana bahan melamine yang mencemarkan makanan haiwan peliharaan telah membunuh beratus-ratus binatang peliharaan. Ini adalah bahan yang SAMA digunakan di dalam pembuatan pinggan melamine.

Pinggan mangkuk melamine ini banyak dijual di pasaraya di Malaysia termasuk di TESCO, GIANT, MYDIN, CARREFOUR dan byk lagi.

Untuk keselamatan, gunalah pinggan yg dibuat dari kaca atau seramik kerana bahan ini adalah sangat 'stable' dan tidak beracun.Banyak kerajaan di Eropah , New Zealand , kerajaan Amerika Syarikat, dan juga kerajaan UAE telah mengharamkan semua mangkuk pinggan yang diperbuat daripada melamine.

OK nampaknya elok la gunakan balik pinggan-pinggan kaca, arcopal, pyrex, correlle, vantage yang dibeli mahal-mahal tapi jadi perhiasan almari je. Sedangkan kesihatan kita sekeluarga terancam. Beli pinggan mangkuk mahal-mahal hanya digunakan sesekali je bila raya, ada tetamu tetapi kita sekeluarga hanya pakai pinggan plastik murah je, sebab takut anak pecahkan.

Lu.. fikir la sendiri...

Wednesday, October 29, 2008

Main Kutu

AMARAN: Kutu yang saya maksudkan bukannya merujuk kepada sejenis makhluk yang suka tinggal di kepala, rujuk gambar di atas. Kita jarang mendengar kanak-kanak yang ada kutu di kepala sekarang. Tapi dulu ini adalah normal bagi kanak-kanak.

Masa sekolah rendah dulu, cikgu saya siap bezakan tempat duduk sapa yang ada kutu dan tidak. Tiap-tiap minggu diperiksa kepala. Sapa yang ada kutu belah kiri yang belah kanan bebas dari kutu. Oppsss... saya tak masuk dalam kumpulan belah kiri ye...

Dah melalut pulak, ok balik pada topik kita hari ini tentang main kutu. Bukan main-main dengan makhluk di atas, tentu ada yang teringat dulu-dulu bila cari kutu dengan sikat kutu (ada jual lagi tak sikat nie? sikat nie gigi dia rapat-rapat dan selalunya buat dari buluh) lepas jumpa kutu tu ditindih dengan kuku. Bila tindih kemudian berbunyi, booommm... mati la kutu tu. Hehehe...

"Main kutu“ ini biasanya sinonim dengan kaum wanita masyarakat kita. Saya tak pasti, ada ke tidak masyarakat luar yang juga mengamalkan main kutu ini. Pada tafsiran umum main kutu ini bolehlah kita anggapkan sebagai satu kaedah menyimpan wang.

Caranya pula adalah dengan membentuk satu kumpulan dan daripada ahli kumpulan yang dibentuk akan dilantik seorang wakil atau ketua yang dipanggil "ibu kutu". Kira macam bendahari la..ni. Biasanya bendahari ini mestilah orang yang mempunyai latar belakang menjaga akaun dengan baik..kalau tak, hampeh!! Setelah ditetapkan berapakah jumlah tabungan untuk setiap bulan, maka cabutan undian akan dibuat untuk memilih giliran setiap peserta kumpulan.
Biasanya jumlah wang ditetapkan mengikut kemampuan ahli kumpulan tersebut. Di tempat kerja saya permainan kutu untuk tahun ini baru je selesai dan saya la ibu kutunya. Nie tahun ke 2 atau 3 saya volunteer untuk pegang jawatan nie. Susah jugak tugas nie, sebab pegang duit orang. Yang penting kena amanah. Tapi..... tu la saya nie garang sikit jadi ada la yang terasa hati semasa proses mengutip duit kutu nie (Ibu kutu nie sebenarnya buat kerja kebajikan ye.. sebab tolong kumpulkan duit dan bukan dapat apa-apa pun). Hhmmm... tapi tak ramai yang nak pegang jawatan nie.
Tahun nie kami main untuk 10 bulan sahaja dari Januari sampai Oktober dan satu nama kena bayar RM120.00 je. Dan setiap bulan 6 penama akan mendapat duit kutu ini. Jadi setiap bulan saya akan mengumpul duit kutu sebanyak RM7000.00 dan agih-agihkan kepada mereka yang tiba gilirannya. Susah tue sebab dalam kumpulan nie ada dari pelbagai bidang. Dari bilik guru akademik, bengkel-bengkel, pentadbir dan kakitangan pejabat. Alhamdulillah dah selesai semuanya. Tahun depan sapa nak jadi ibu kutu??? Bagi orang lain la pulak.

Pada saya main kutu adalah cara terbaik untuk saya menabung. Kalau harapkan diri sendiri yang simpan, maka sudah tentunya tempat simpanan saya ke dalam perut, ke pusat beli belah dan tempat-tempat yang sewaktu dengannya.
Bagaimana dengan anda?? Sudah tentu anda juga ada pengalaman tersendiri tentang main kutu ini. Nanti bolehlah kongsi-kongsikan di sini. Jika ditanya pada suara ramai…sudah tentu jawapannya berbeza. Pasti akan ada yang berkata tak elok main kutu dan pasti juga ada yang mengatakan sebaliknya bukan?

Pada era sekarang, sudah banyak komuniti internet yang mewujudkan ‘main kutu online’. Antara komuniti forum yang popular mewujudkan aktiviti ini ialah wanita melayu dot com dan juga ebazaar2u dot com.

Kebaikan Main Kutu
1. Mudah dan fleksibel untuk mendapatkan wang.Tanpa penjamin dan tanpa faedah yang dikenakan dan juga tanpa potongan biro angkasa.
2. Mewujudkan sikap menabung dan juga disiplin menyimpan wang. Senang nak bayar insuran kereta, nak kawin dll...
3. Mewujudkan sikap setia kawan dan eratkan silaturrahim…jangan kawan makan kawan udah

Keburukan Main Kutu
1. Peserta mungkin tertipu dan tidak mendapat wangnya kembali…report polis jer
2. Tiada pulangan faedah atau dividen.
3. …………………………………………………….
4. …………………………………………………….
5. …………………………………………………….

Pada anda semua, ada ke lagi keburukan yang anda rasa boleh memenuhi ruang kosong yang ditinggalkan tue. Jom, diskusi tentang ‘main kutu’. Sejauh manakah ianya menjana ekonomi anda???

Tuesday, October 28, 2008

Pecal Leleh

Pecal leleh kalo tak salah lebih kurang bermaksud ikan keli dengan ulam. Leleh tue ikan keli dalam bahasa Jawa dan pecal tue ulam yang dihidangkan bersama-sama iaitu timun dan kobis mentah. Lauk nie simple je tapi bila makan dengan nasi memang terangkat terutama sambalnya. Sambal tue memang sedap sangat. Macam mana la dia orang buat??? Ikan keli tue dibakar dan sedap banget sebab kulitnya jadi rangup dan tak hangus.
Kedai nie jugak ada menghidangkan satay dengan kuah kacangnya yang ditabur dengan bawang dan diperah limau atasnya bila makan. Selalunya di kedai nie mereka makan satay tersebut dengan nasi. Kat mana restoran nie? Kalau nak cuba pergi Restoran Haji Nowo yang terletak di Chow Kit, Kuala Lumpur. Pernah dengar tak? Memang penuh dengan orang dari seberang je dan bila masuk macam kita pulak orang asing. Gambar nie dah ambil lama, saja nak tunjuk kot-kot ada yang nak cuba.

Rumah Terbuka Aidil Fitri Terakhir


Wah... tajuk tue macam sesuatu je kan. Tak de apa-pa la. Bukan apa, ye la Aidil Fitri ini, tahun depan baru jumpa lagi jadi untuk tahun ini 1429H, nie adalah rumah terbuka yang terakhir. Iye la esokkan hari terakhir bulan Syawal. Err... ada ke yang nak buat open house lagi nie? Musliha, Kaunselor sekolah telah menyediakan menu nasi jagung dengan ayam masak merah, daging masak kicap, jelatah timun, papadom, nasi himpit dan kuah lodeh. Air pulak dihidangkan air laici. Yummy, yummy....

Lin, Marini dan Salina antara yang awal hadir dan ada juga rakan-rakan Musliha yang hadir. Antara rakan sekolah lain lagi adalah Hafizah dan Asmariza bersama anak masing-masing.

Nie anak tuan rumah, Damia (pejam mata pulak, gambar mamanya tak dapat disiarkan) mengucapkan selamat tinggal pada kami yang sudi datang ke rumahnya. Terima kasih ye...

Monday, October 27, 2008

Lilin

Lebih kurang sejam lebih jugak tak ada bekalan elektrik di kawasan perumahan saya. Lebih kurang dari pukul 10.15 pm sampai pukul 11.25 pm, baru ada bekalan elektrik. Bosannyer tak tau nak buat apa. Nak talipon tengok bateri tinggal dua bar je, jadi tak jadi nak calling-calling takut nanti habis bateri. Cuma call adik je bagi tau rumah tak de elektrik. Pas tu pegang kamera. Ok ambik gambar, baru ambik gambar 3 keping dah keluar ikon bateri nak habis. Jadi terus berhenti. Gambar atas tu tak guna flash dan yang di bawah nie dengan flash. Haa.. nampak lilin tu letak atas tin biskut.
Bila cakap tentang lilin, ada satu lagu, lupa sapa nyanyi "biar ku menjadi lilin, memberikan cahaya, terangi kegelapan....." Tapi ada yang kata dalam hidup jangan jadi lilin yang membakar diri sendiri untuk menerangi orang lain. Seelok-eloknya jadilah lampu elektrik yang terang dan cantik. Terpulang pada pendapat masing-masing.

Panggilan Dari Santiago, Chile

Pagi tadi sedang sibuk melayari internet, alangkah terperanjatnya saya bila menerima panggilan dari seorang kawan yang dah agak lama tidak berhubungan. Baru je semalam saya email kepada kawan nie untuk bertanyakan khabar dan tetiba pagi nie dapat panggilan dari dia. Bukan dekat-dekat tapi dari jauhhhhhhh... sangat iaitu dari Santiago, Chile. Kalo tak tau, kat benua Amerika Selatan ye. Chile nie jugak famous sebagai negara yang paling panjang di dunia. Tak caya cuba tengok peta di atas.


Sebenarnya dah lama tak berjumpa dengan Kak Zue nie, gambar di atas adalah kali terakhir berjumpa dengan Kak Zue dan suaminya Abang Zali pada 23 Ogos 2006. Bila tengok balik gambar-gambar lama ada lagi gambar nie. Nie diambil masa makan-makan di Restoren Satay Hj Samuri di Putrajaya dekat Anjung Warisan kot nama tempat tu. Lupa la.. Kak Zue atau Zubaidah binti Idris nie saya kenal dah lama iaitu sejak belajar di ITM, Shah Alam semasa mengambil kursus Diploma Pentadbiran Awam.
Mesti tertanya-tanya kenapa Kak Zue pergi sana, jauh sangat. Sekarang dia sedang bercuti tanpa gaji kerana mengikut suaminya yang bekerja di kedutaan Malaysia di Santiago bermula Disember 2007 dan ikut kata Kak Zue dia mungkin berada di sana sekurang-kurangnya selama 3 tahun. Katanya dia sedang menghitung hari untuk balik ke Malaysia. Di sana hanya ada 3 keluarga Malaysia sahaja, tentu la bosankan.... Sabar je la Kak Zue, ambik peluang nie untuk tengok negara orang. Bukan senang nak ke sana. Bertuah tue....

Gambar di atas pulak diambil dari website Kedutaan Malaysia di Santiago, dan kalau tak salah yang pegang tombak tu adalah anak-anak Kak Zue.

Fridge Magnet


Nie la boleh dikatakan hobi saya pada masa sekarang. Mengumpul fridge magnet (FM). Hobi nie sebenarnya telah bermula lama tapi hanya sekarang hobi nie dihidupkan semula. Masa belajar dahulu selalu jugak bila pergi ke shopping complex dan nampak FM yang comel-comel dan cantik beli la satu atau dua nak beli banyak-banyak tak de fulus la pulak. Jadi tengok je la FM yang ada kat kedai tue.
Sekarang nie memang bila pegi ke rumah orang tak kira la siapa pun, terutama kawan-kawan memang selalu ushar peti sejuk yang ada FM nie. Kebetulan adik pun minat mengumpul FM, jadi kalau dia ke mana-mana dan tanya nak pesan apa-apa? Senang je jawapannya, beli FM pun cukup la. Senangkan kecik dan harganya tak la mahal sangat. Jadi sapa-sapa yang nak hadiahkan sesuatu pada saya, bagi FM pun cukup la. (Hiks..... macam ada orang nak kasi hadiah).
Gambar kat atas tue diambil lama dah bulan Jun 2008, jadi FM yang ada di peti sejuk tu dah bertambah sekarang. Nanti lain kali akan tunjuk FM yang baru dan yang disukai.

Apa Nak Tulis???

Kawan-kawan ramai yang ada personal blog... Bukan tak ada, tapi blog yang dulu tue dah lama bersawang dan hanya saya seorang sahaja yang boleh melayarinya kerana disolex jadi nak tengok kena ada password. Bukan tak bagi tengok, tapi blog tue dibuat masa mula-mula belajar blogging jadi entah apa-apa je yang diletak di situ.

Jadi bila ada yang tanya tak de personal blog ke??? Jawapannya: in the making... Cehh... macam bagus je kan. Dah lama create blog nie tapi tu la tak de masa nak kemas kini dan cantikkan. Pelan-pelan la. Blog Panitia Sejarah pun kena maintain jugak.

Entry yang mula-mula tue saja je letak masa mula-mula buat blog nie. Tengok tarikhnya 23 Ogos 2008 dulu, dah lama kan... Ok la lepas nie akan cuba untuk letak at least satu entry dalam masa seminggu. Kalo rajin banyak la lagi.

Tapi mulai 8 - 15 November 2008 nie akan mula berkursus PTK di Hotel Copthorne Orchid, Tanjung Bungah, Penang. Jadi sekarang tengah sibuk dengan persiapan untuk kursus tue terutama menyiapkan tugasan yang diberi.

Hmmmm.... mungkin bersawang lagi la blog nie...