Friday, June 26, 2009

Sahabat

Salam semua.....

sahabat...bukan satu tapi beribu
bukan sementara tapi selamanya..
bukan untuk dimusuhi tapi disayangi..
bukan untuk dilupai tapi diingati..
bukan hanya di sini tapi di mana-mana..
bukan setakat ini tapi hingga hujung nyawa...

mengingati Teman tanda persahabatan,
mengingati Mati sumber kekuatan iman,
mengingati Akhirat semulia-mulia ingatan, dan
mengingati Allah itulah ketenangan.


Jumpa kata-kata di atas jadi pinjam untuk letak di sini. Nak tulis sendiri macam tak ada idea je sekarang....

Ben - Michael Jackson


Salam semua..... Masa entry sebelum nie (tak habis lagi dengan MJ...) cuba dapatkan video lagu Ben, tapi kualiti video tak best dan tadi jumpa video nie rakaman tahun 1972 kalau tak salah. Tapi video nie dalam black and white, ada jumpa yang colour tapi kualiti kurang sikit. Ok la layan la lagu nie.

Ben - Michael Jackson
Ben the two of us need look no more
We both found what we were looking for
With a friend to call my own
I'll never be alone
And you my friend will see
You've got a friend in me.

Ben you're always running here and there
You feel you're not wanted anywhere
If you ever look behind
And don't like what you find
There's something you should know
You've got a place to go
I used to say
I and me
Now it's us
Now it's we
(Repeat)

Ben most people would turn you away
I don't listen to a word they say
They don't see you as I do
I wish they would try to
I'm sure they'd think again
If they had a friend like Ben
Like Ben

Michael Jackson

Salam semua... Hari nie pagi-pagi buka TV untuk tengok Buletin Pagi di TV3 dan terkejut bila dapat berita mengatakan Raja Pop dunia Michael Jackson meninggal dunia akibat serangan sakit jantung ketika berumur 50 tahun. Macam tak percaya je bila dengar berita tue. Dalam kepala terus terngiang-ngiang lagu-lagu MJ seperti Ben (nie memang lagu favourite), One Day in Your Life, We Are The World, Beat It, The Way You Make Me Feel, Bad, Black or White, Earth Song dll.... Memang membesar dengan lagu-lagu MJ dan dulu bila dia keluarkan klip video, memang ternanti-nanti seperti Beat It, Thriller rasa macam best sangat tarian dan lagu-lagu dia. Gaya dia dengan glove putih, dan kulit dia dari hitam ke putih, hidung dia dari kemek dan kembang ke mancung dan runcing.
Baru je tengok satu rancangan kat Channel E yang mengatakan MJ kalau boleh nak hidup 150 tahun. Tapi tue la ajal maut di tangan Tuhan kan. Ada duit banyak mana pun kalau dah sampai masanya pergi jugak. Farah Fawcett, pelakon siri drama TV Charlie's Angels jugak meninggal hari ini. Remaja sekarang mungkin tak kenal kot.

"We're The World (USA For Africa)"

There comes a time when we hear a certain call
When the world must come together as one
There are people dying
and it's time to lend a hand to life
The greatest gift of all

We can't go on pretending day by day
That someone, somewhere will soon make a change
We are all a part of God's great big family
And the truth, you know,
Love is all we need

[Chorus:]
We are the world, we are the children
We are the ones who make a brighter day
So let's start giving
There's a choice we're making
We're saving our own lives
it's true we'll make a better day
Just you and me

Send them your heart so they'll know that someone cares
And their lives will be stronger and free
As God has shown us by turning stones to bread
So we all must lend a helping hand

[Chorus]

When you're down and out, there seems no hope at all
But if you just believe there's no way we can fall
Let us realize that a change can only come
When we stand together as one

[Chorus]



Michael Jackson is seen in file pictures from top left, 1971, 1977, 1979,
and bottom left, 1983, 1987, and 1990. Jackson has died in Los Angeles
at age 50 on Thursday, June 25, 2009. (AP Photo)

Thursday, June 25, 2009

Hasil Kerja

Salam semua..... Saja-saja nak letak hasil yang dibuat masa kursus Asas Photoshop yang berakhir petang tadi. Kursus nie dianjurkan oleh IPGM Kampus Ipoh dengan kerjasama JPN Perak. Jadi semua tenaga pengajar adalah pensyarah dari IPGM Kampus Ipoh iaitu hari pertama En Lim Siong Theam dan En Mathan, manakala hari kedua dan hari nie fasilitatornya adalah En Mohd Zaki dan Dr Abdul Hadi. Urusetia untuk kursus ini adalah En Yap Thin Peng dari IPGM jugak. Memang la tak seberapa hasil kerja semasa kursus sebab bukan pro dan cuma didedahkan dengan perkara asas je. Puppet pun tentu lebih handal dan pro dari saya. Tapi tak pe la hasil budak baru belajar.
Gambar depan Taj Mahal nie antara latihan masa hari pertama. Wah dah sampai Taj Mahal rupanya hehehe... nak gie betul-betul entah bila nak sampai jadi sampai dalam gambar je la.... Siap pakai name tag masa ke sana ye.... hehehe... ada lagi tapi tunjuk yang nie je la...
Nie latihan buat poster sempena Hari Guru, latihan bersama dengan Nurul Huda cikgu dari SMK Dato Idris, Pantai Remis. Tengok hasil kumpulan yang lain lagi cantik dan kreatif, tapi sebab masa terhad jadi buat permulaan ok la kot. Janji kerja siap hehehe..... teruk betul... Kalau nak mahir Photoshop kena banyak trial and error baru boleh pandai. Hari nie ditunjuk tentang macam mana nak hilangkan kedut di muka dalam gambar, nak bagi nampak kurus dan muka runcing. Tapi nie hanya ditunjuk oleh pensyarah apa yang Photoshop boleh buat (Puppet nanti ajar saya naaa....). Tapi dah dipesan jangan buat superimpose yang bukan-bukan pulak.... Ishhhh..... tak ehhhh.... Tue yang sekarang tengok gambar cantik-cantik sebab kebanyakkannya telah di touch-up. (Errr.... Lin, TC dan Ummi Afifah nak berguru ngan akak tak??? Hehehe.....)

Wednesday, June 24, 2009

Hari Kedua Kursus Photoshop

Salam semua.... Hari nie masih lagi mengikuti Kursus Asas Photoshop di PKG, Sitiawan. Semalam hari pertama kursus balik rumah ingatkan nak buka komputer dan cuba balik apa yang dibelajar sikit-sikit tue dan seterusnya nak masukkan entry dalam blog nie. Tapi... bila balik rumah penat pulak sebab.. dah mengadap komputer dari pukul 8.00 pagi lagi sampai pukul 4.30 petang terus tak bukak komputer langsung, tengok tv dan makan-makan sambil baca-baca majalah. Terfikir pulak macam mana la mereka yang kerjanya mengadap komputer jer??? Tak jemu ker???

Gelak pulak bila ada kawan-kawan yang mintak ajar Photoshop... Kursus yang dihadiri nie memang asas sangat... baru diperkenalkan dengan cara menggunakan tool box, asas nak buat layer, layer mask dan ada la lagi.... yang asas-asas. Yang mengikuti krusus nie pulak kebanyakkannya tak pernah belajar Photoshop jadi perjalanan kursus slow sikit. Nasib baik pengajar dari IPGM Kampus Ipoh nie sabar-sabar orangnya.... Kena selalu buat nampaknya sebab yang belajar semalam pun dah lupa sket-sket. Kalau tak buat selalu tentu lupa. Untuk TC dan Ummi Affifah insyaallah kalo ada masa nanti akak ajar mana yang tau la...

Hari nie tak sempat nak berblog sebab ada banyak latihan jadi tak boleh nak sambil-sambil berblog. Hehehe... nak jugak tue....

Ingat nak tunjuk hasil latihan yang dibuat tapi bila nak add image tak boleh pulak sebab gambar dalam psd image. Esok tanya penceramah la...

Tuesday, June 23, 2009

Di PKG Sitiawan

Sekarang berada di PKG Sitiawan untuk menghadiri Kursus Grafik Dalam Meningkatkan Persembahan P & P Asas Photoshop bermula hari ini sampai Khamis ini 25 Jun 2009. Sebenarnya kursus ini untuk Guru Kanan tapi sebab dia ada mesyuarat di KL jadi saya menggantikannya. Pergi je la sebab ada peluang belajar Photoshop. Ok nie sementara tunggu bemulanya kurusus dan ada pulak wifi jadi masuk entry kejap. Ok sambung kemudian.. Daa...

Sunday, June 21, 2009

Selamat Hari Bapa

abah..
kaulah segalanya..
terima kasih..

Father
by Manowar


When i was small
You took me by the hand
Father you should know
I finally understand

You taught me wrong from right
And how to live
You gave me the greatest gift
That one could give

You never let me down
You made me strong
When i made mistakes
When i was wrong

Some days we'd laugh
And some days we'd fight
Somehow you knew one day
I'd say you were right

You're with me
In every word i say
In every hour
Of every single day
In all i do
I just a part of you
Father

You live your life for us
that was your plan
Those hands that never take
They worked the land
hands that never take
can only give
And because of you
I know how to live

You're with me
In every word i say
In every hour
Of every single day
In all i do
I just a part of you

Father just one thing
You always knew
Every word you said to me was true

Saturday, June 20, 2009

Baru Nak Mula Balik...

Salam semua... Wah lamanya tak update blog nie... Tue ada yang kata, cuti dah abis dah.... entry sama jer... Entah la bila lama tak berblog nie tak tahu pulak nak tulis apa di sini... (sebelum nie pun tak de la citer apa sangat pun kan...) sedangkan banyak nak tulis di sini tentang cuti sekolah yang dah abis seminggu pun. Hari nie baru je balik dari Bukit Mertajam selepas habis mesyuarat di Hotel Summit bermula hari Khamis lepas Di hotel nie wifi cuma di lobby hotel dan restoran di poolside. Jadi tak boleh la nak bertenet.
Sebelum nie pernah sampai di Bukit Mertajam, tapi cuma lalu je bila nak ke utara ikut jalan lama, tak pernah singgah. Nie kira first time la tue yang kelam kabut jugak la nak cari hotel nie tapi nasib baik signboard ke BM ok dan hotel nie dari jauh lagi dah nampak signboardnya. Tapi bila nak balik tadi, nak cari jalan ke highway yang terus masuk di Juru tersalah jalan sebab hanya ikut signboard je jadi masuk highway dekat Seberang Jaya dah.... Tak pe la janji jumpa jugak highway tue.
Balik singgah di kampung sat di Kamunting sebelum terus balik ke Seri Manjung nie. Kereta punya la banyak... Ok la nie saja je letak satu entry sebagai penaik semangat untuk letak entry yang seterusnya.... hehehe.........

Thursday, June 11, 2009

Cuti Nak Abis Dah....

Dah lama tak update blog jadi macam tak tau nak tulis apa. Hari nie lebih kurang pukul 2.15 petang tadi baru je sampai balik ke rumah di Manjung nie. Penat jugak... lepas sampai terus kemas barang serba sedikit dan tidur.
Cuti kali nie best jugak sebab ke Perlis dan sempat ke Langkawi, balik tue singgah di Kamunting. Lepas tue pergi ke rumah adik di Kota Warisan dan jalan-jalan ke Nilai, Kuala Selangor, Bagan Lalang, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Putrajaya. Kira sakan jugak la cuti nie ngan jalan-jalan dan shopping untuk raya katanya hehehe..... Nasib baik la adik layan je bila ajak jejalan walaupun dia orang tak minat sangat nak ke tempat-tempat yang diajak. Hehehe.... tima kasih ye... sebab layan kakakmu ini...
Esok cadangnya nak balik kampung kejap di Kamunting tapi bila dengar macam-macam terjadi yang tak tau betul ke tidak (adik yang ada di sana kata memang terjadi...) hmmm...... tengok la tak esok lusa mesti balik kejap. Ada sesapa boleh confirmkan tentang citer yang didengar tue???