Salam semua... Semalam dalam pukul 3.30 pm bertolak balik dari Kota Warisan, Sepang untuk perjalanan balik ke Manjung. Mula-mula tersalah ambil jalan untuk ke lebuhraya arah ke utara dari Putrajaya, sedangkan ini bukan kali pertama lalu melalui Putrajaya atau Cyberjaya untuk ke utara... Nasib baik perjalanan tersebut tak tersasar jauh.
Bila masuk je lebuhraya, hujan mula turun dengan lebatnya, cuma di kawasan R & R Rawang sahaja hujan berhenti dan ambil kesempatan untuk isi minyak di situ. Masuk balik lebuhraya hujan mula turun balik dengan lebatnya dan tidak henti-henti sampai la ke Manjung. Bila hari hujan, bawa kereta nie terasa begitu memenatkan kerana tumpuan yang lebih perlu diberikan. Nak berhenti di mana-mana nanti akan melambatkan lagi perjalanan tambahan hari semakin gelap, dan bila malam dan memandu dalam hujan lagi la akan terasa "tensionnyer". Tak tau la dengan pemandu yang lain, tapi bagi saya bila memandu dalam hujan waktu malam, maka line jalan samada tepi atau tengah akan tidak nampak disirami cahaya kereta... Stressnya masa nie bila memandu...
Perjalanan kali nie bole dikatakan matlamat tercapai..... Apa tue??? Hahaha...
No comments:
Post a Comment