Sempena dengan Bulan Kemerdekaan dan sambutan Kemerdekaan Malaysia yang ke-51
Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Malaysia (MIFC 2008) telah berlangsung bermula dari 12 August 2008 sehingga 29 August 2008. MIFC 2008 bakal menyaksikan penyertaan daripada empat buah negara iaitu Malaysia, China, Kanada dan Sepanyol. Pertandingan tersebut dimulakan Malaysia pada 12 Ogos, China (16 Ogos), Kanada (20 Ogos) dan Sepanyol (24 Ogos). Pertandingan akhir MIFC yang berlangsung pada 29 Ogos menampilkan persembahan istimewa daripada pasukan Australia iaitu pasukan yang menjadi johan pada pertandingan tahun lepas 2007.
Pertandingan ini dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan dan mengambil masa selama 20 minit bagi setiap pertunjukan dan bermula pada pukul 10.00 malam. Pertandingan bunga api ini telah menggegarkan dan menyinari Putrajaya. Ruang udara Putrajaya telah dilimpahi percikan bunga api bersama irama muzik dan cahaya berwarna-warni. Memang sesuatu yang menakjubkan apabila melihat persembahan bunga api dari pelbagai negara. Tetapi saya hanya sempat menyaksikan persembahan dari pasukan Kanada sahaja pada 20 Ogos 2008 yang lalu (20.08.2008) kerana masih dalam cuti sekolah.

Gambar-gambar yang diambil sendiri biasa sahaja kerana tidak pernah belajar teknik mengambil gambar bunga api. Tapi boleh la kalau nak tengok.... Gambar di atas diambil sendiri dengan menggunakan kamera digital biasa sahaja, mungkin dengan kamera DSLR gambar akan bertambah cantik lagi. Tambahan pula kedudukan tempat gambar di ambil kurang strategik kerana terdapat lampu dan bunga api di bahagian bawah tidak jelas dari tempat tersebut. Irama muzik yang dimainkan juga tidak dapat didengar kerana tempat yang dikhaskan untuk orang ramai melihat agak jauh dari PICC tempat berlangsungnya pertunjukkan tersebut. Banyak gerai jualan dibuka dengan pelbagai jenis makanan, mainan malahan kain baju pun ada. Ramai keluarga yang membawa anak-anak dan ibubapa mereka ke pertunjukan bunga api ini, ada yang berkelah dengan bekalan makanan masing-masing. Mungkin kerana pada masa itu pertengahan cuti sekolah.