Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

Monday, February 8, 2010

Abah

Salam semua.... Cepat betul masa berlalu... rasanya seperti baru semalam menerima panggilan dari Abang Nan memberitahu abah kurang sihat. Masa tue lebih kurang pukul 11.30 malam. Terus telefon adik-beradik yang lain untuk beritahu tentang keadaan abah. Hari ini 8 Februari cukup sebulan abah pergi meninggal kami anak-anaknya. Abah pergi dalam usia 81 tahun pada tarikh 8 Januari 2010, 10 hari sebelum tarikh emak pergi meninggalkan kami 6 tahun yang lalu pada 18 Januari 2004.
Kali ni cuma nak letak gambar-gambar keluarga lama yang ada dalam simpanan. Bila ada masa terluang yang sedikit ini, cuba untuk scan balik gambar-gambar lama. Banyak jugak dalam simpanan, jadi untuk pertama kali nie hanya beberapa keping gambar dahulu yang discan. Gambar mula-mula tue adalah gambar emak dan abah masa tinggal di Cameron Highland dan yang kedua selepas pindah ke Taiping (Gambar nie rosak sikit). Masa nie saya telah pun dilahirkan.
Gambar di atas pula masa abah menghadiri satu majlis kenduri. Masa muda-muda adalah gambar abah berbaju melayu dan bersamping. Bila dah semakin meningkat usia, abah banyak berbaju melayu dan berkain pelikat saja terutama ke masjid.
Abah begitu rajin melayan karenah anak-anaknya semasa kecil, sebab tue la sebelum pergi kerja abah akan pusing dulu kawasan kuarters tentera tempat tinggal kami untuk bawa anak-anaknya berjalan-jalan sebelum ke tempat kerja. Dalam gambar di atas abah dengan Abang Nan di belakang dan Mee menunggang motor Vespa AD7995.
Gambar nie pula gambar abah semasa di Kinabalu National Park pada 26 April 1971 (maklumat nie ada tertera di belakang gambar). Abah pernah berkhidmat di Sabah dan Sarawak tapi emak dan anak-anak tinggal di Perak sebab anak-anak yang ramai dan masih bersekolah.

Abah memang suka bergambar sebab tue la gambar abah ada banyak dalam simpanan. Masih saya ingat lagi, saya memang suka untuk mengumpul dan meletakkan gambar-gambar ini dalam album, siap beli album gambar untuk simpan gambar-gambar keluarga. Mungkin sebab minat dengan sejarah dan sekarang mengajar sejarah kot... jadi memang minat sangat untuk simpan gambar-gambar sebagai kenanagan...

Al-Fatihah untuk Abah dan Emak....

Sunday, August 9, 2009

Mangkuk Tingkat

Salam semua.... Macam mana hujung minggu nie?? Ke mana-mana atau sebab H1N1 duduk rumah je??? Dengarnya dah 28 kematian. Semakin serius pulak sebab sekejap je dah meningkat. Menakutkan betul...

Hujung minggu baru nie balik ke Taiping sebab jiran depan rumah ada kenduri kawin anaknya, jadi sebab abah tak dapat nak pergi jadi saya dan adik balik kampung untuk menghadiri kenduri anak Pakcik Raja, Faizal. Tapi bukan nak cerita pasal kenduri tue... tapi pasal mangkuk tingkat. Tak de la kisah menarik pun.. Adik saya Kijai (panggilan manja dalam keluarga) akan bawa mangkuk tingkat bila datang ke Manjung. Yang adik seorang lagi, Boboy ( panggilan manja keluarga jugak nie... walau dah besar panjang masih kami panggil dia dengan gelaran nie..) malu untuk bawa mangkuk tingkat nie. Bila datang ke Manjung selalunya Kijai dan Boboy akan dibekalkan dengan lauk atau nasi bila balik ke KL. Memang boleh beli kat kedai tapi teringat arwah mak selalu bekalkan nasi dan lauk-pauk kalau adik nie nak balik KL sebab dia orang memang suka makan terutama Kijai... (hehehe jangan marah ye...). Bila mak dah tiada dan adik-adik nie pulak rumah dia orang tak de tangga lagi... jadi... nasib baik ada akak dia yang nie.... hehehe....
Jarang kan sekarang kita jumpa orang yang bawa mangkut tingkat untuk berkelah, bekalan dalam perjalanan dan sebagainya sebab lebih mudah jika ke kedai untuk makan. Bukan macam dulu, mangkuk tingkat nie penting untuk bekalan berkelah dan jalan-jalan sebab kedai makan tak banyak selain nak jimat belanja...


Tak lama lagi bulan Ramadan akan menjelang apa kata kita ke Pasar Ramadan bawa mangkuk tingkat sambil beli-beli lauk pauk kita hulur mangkuk tingkat kata kat penjual tue, nak lauk nie RM2.00, lauk tue RM4.oo... tak payah guna plastik untuk bungkus. Kira macam kempen alam sekitar la nie. Ada tak orang nak buat cam nie????

Sunday, June 21, 2009

Selamat Hari Bapa

abah..
kaulah segalanya..
terima kasih..

Father
by Manowar


When i was small
You took me by the hand
Father you should know
I finally understand

You taught me wrong from right
And how to live
You gave me the greatest gift
That one could give

You never let me down
You made me strong
When i made mistakes
When i was wrong

Some days we'd laugh
And some days we'd fight
Somehow you knew one day
I'd say you were right

You're with me
In every word i say
In every hour
Of every single day
In all i do
I just a part of you
Father

You live your life for us
that was your plan
Those hands that never take
They worked the land
hands that never take
can only give
And because of you
I know how to live

You're with me
In every word i say
In every hour
Of every single day
In all i do
I just a part of you

Father just one thing
You always knew
Every word you said to me was true

Saturday, May 9, 2009

Mak


Hajah Rajamah Binti Haji Kassim
6 Jun 1937 - 18 Januari 2004
Gambar diambil sekitar Mac 2003

Menjenguk blog-blog dan laman web di sana sini mula mengucapkan Selamat Hari Ibu kerana esok, 10 Mei adalah sambutan hari Ibu. Tak kira apa pun panggilan kita kepada mereka emak, ibu, mama, ummi, mummy, mek, bonda dan sebagainya mereka adalah insan yang begitu istimewa dan besar peranannya dalam kehidupan seorang anak.

buat renungan kita bersama................ khas buat mak tersayang.............

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang selalu peluk dan cium aku.... mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak

Tapi sekarang rasa sedih sangat bila kenang mak dah tiada... semua di atas tue tidak lagi dapat dirasai. Bertuah la mereka yang masih lagi mempunyai ibu. Sementara mereka masih ada tunjukkan lah kasih sayang kita kepada mereka, gembirakan hati mereka, jangan lupa bertanyakan khabar mereka. Walaupun sudah ada keluarga sendiri jangan lupakan ibu dan bapa kita. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mak. AMIN....

Sunday, March 1, 2009

Hujung Minggu

Hujung minggu nie sekali lagi berada nun di utara... Kangar, Perlis. Sepatutnya hujung minggu ini saya mengikuti rombongan Cik Kiah ke Kelantan. Tapi tak pe la, rezeki tak ada nak ikut rombongan tue.... walaupun, lawatan yang tujuan utamanya shopping dan shopping dan shopping nie dah dirancang awal lagi. Sebab kalau ke sana dengan hati yang tak senang pun tak seronok jugak. Jadi di saat-saat akhir cancel nama dan terus ke Kangar untuk menjenguk Abah sekali lagi. Abah masih lagi belum sihat. Nie pun baru je sampai dari Perlis lebih kurang sejam yang lalu dan lepas berehat sebentar jenguk kejap blog nie. Macam dah terbiar dan tak aktif sekarang. Nanti la ada masa update lagi, penat drive tak hilang lagi...

Wednesday, February 25, 2009

Apa Pun Yang Terjadi...

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti.....
Dalam hidup, kita akan selalu diasak dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Tue semua permainan kehidupan yang perlu ditempuhi tanpa putus asa dan berhenti dipertengahan jalan. Lirik lagu Siti Nurhaliza nie selalu dimainkan dalam drama Spa Q2. Dengar-dengar best jugak liriknya dan boleh dijadikan panduan...

Lamanya tak menjenguk ke sini. Tengok chatter box macam-macam message yang ditinggalkan... Terima kasih kerana meninggalkan pesanan dan komen, semuanya amat dihargai. Tapi diharapkan selepas ini kalau boleh tidak ada lagi message yang boleh menyinggung perasaan orang dan yang sewaktu dengannya (tapi.... jangan la lepas nie tak nak tinggal komen pulak ye...). Kalau nak komen lagi dan panjang-panjang boleh email kepada saya.

Mula-mula memang sibuk dengan kerja-kerja sekolah yang perlu diselesaikan tambahan pula mesyuarat untuk satu jawatankuasa di mana saya menjadi setiausahanya dipercepatkan... jadi kelam-kabut jugak la nak menyiapkan semua tue. Sepatutnya mesyuarat yang dicepatkan akan berlangsung hari ini 25 Februari tetapi sebab sesuatu yang tak dapat dielakkan maka akan dijalankan esok. Lega jugak sebab boleh selesaikan kerja-kerja yang ada sikit lagi tue yang tak dapat diselesaikan hujung minggu yang baru nie.
Nie la yang perlu disediakan seperti kertas kerja, jadual, borang-borang instrumen dan file. Selepas siap dan diperbanyakkan maka semua nie perlu disusun di dalam file. Tapi semua nie bukan la masalah besar sebab tugas nie adalah tahun ketiga saya memegangnya.
Yang berterabur nie adalah file yang dah siap sebenarnya cuma tertinggal satu bahan lagi tak dimasukkan jadi sebab tu la meja tu jadi macam nie.
Memang mulanya berniat untuk update blog nie hujung minggu yang lalu tapi sebab ada kekangan maka sepanjang hujung minggu yang baru lalu bermula hari Sabtu sampai semalam Selasa di sini la saya berada di Kangar, Perlis.
Jalan nie di lalui sebanyak 3 ke 4 kali sehari untuk ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.
Berada di Kangar kerana Abah kurang sihat dan berada di Hospital ini.Wad nie adalah tempat Abah ditempatkan yang terletak berhadapan dengan bangunan di atas tadi.
Di belakang pintu di sebelah kiri adalah tempat katil Abah.
Nie pulak biodata pesakit yang diletakkan di atas kepala katil. Alhamdulillah Abah telah dikeluarkan dari hospital semalam tapi badannya masih lagi lemah. Didoakan Abah akan segera sembuh dan kembali sihat, kuat dan cergas kembali. Berat hari untuk tinggalkan Abah tapi sebab tugas terpaksa juga kembali ke Manjung. Nanti la entry selanjutnya tentang Abah di hospital akan ditulis lepas nie.
Sekarang ada kerja yang perlu disiapkan. Daaaa....

Sunday, January 18, 2009

Emak

Gambar ini diambil di sekitar bulan Mac tahun 2003. Dan bila tengok dalam laptop gambar digital emak dan abah ada yang ini sahaja.
Hari ini 18 Januari 2009, genap 5 tahun emak pergi meninggalkan kami. Sekejap je dah 5 tahun rupanya. Masih lagi terngiang-ngiang suara emak di telinga ini. Apa tah lagi ketika di hari terakhir bersama emak di hospital. Masih lagi teringat panggilan talipon dari adik mengatakan emak jatuh di bilik air. Ketika itu saya dan rakan-rakan di Bidor dalam perjalanan balik ke Manjung dari Tanjung Malim. Hanya Allah je yang tahu betapa risaunya sepanjang perjalanan balik ke Taiping ketika itu. Terus ke Hospital Taiping dan malam itu saya sempat menjaga emak di hospital. Esok pagi balik ke rumah untuk mandi dan masak, dan ketika itulah dapat panggilan dari hospital mengatakan emak dalam keadaan nazak.
Tergesa-gesa kami iaitu abah, adik dan saya ke hospital untuk melihat emak dan ketika sampai di sana emak dipindahkan ke wad ICU. Terus adik-beradik yang lain dihubungi. Seperti tidak percaya pagi itu adalah kali terakhir saya dapat berbual-bual dengan emak walaupun saya yang banyak berkata-kata, dan masih teringat lagi renungan mata emak ketika saya minta izin untuk balik dan berjanji akan datang tengahari itu. Malam itu lebih kurang pukul 8.00 malam emak pergi meninggalkan kami semua. Seperti tidak percaya kerana sebelum itu pun emak pernah sakit dan masuk hospital.
Kami anak-anakmu akan sentiasa merinduimu. Semoga roh emak dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...
Al-Fatihah...

Wednesday, December 3, 2008

Abah

Abah akan menginjak usia 80 tahun pada Jun 2009. Dalam usia ini, abah sekarang tinggal bersama Abang Nan di Kangar, Perlis. Jenuh jugak kami anak-anaknya memujuk beliau untuk tinggal di sana. Sebelum nie adik yang bongsu telah menjaga abah lebih kurang setahun sebelum dia memperolehi pekerjaan sekarang dan tinggal di Kota Warisan. Selepas itu abah dijaga oleh adik yang seorang lagi dan cucunya yang kedua, Mamat. Tapi bila kedua-duanya bekerja, masa tue la kami adik-beradik meminta dan memujuk abah tinggal dengan Abang Nan atau dengan mana-mana satu anak yang beliau nak.
Abah seboleh mungkin tidak mahu meninggalkan rumahnya di Kamunting. Rumah yang dia bina bersama-sama dengan emak dan telah tinggal di sana dari tahun 1975 lagi. Bila emak meninggal dunia pada 18 Januari 2004 dan abah pula mengalami masalah dengan buah pinggangnya yang kedua-duanya telah rosak berikutan dengan penyakit batu karang. Pembedahan kecil di tangan kiri abah perlu dilakukan untuk memasukkan tiub untuk rawatan dialisis buah pinggang. Jadi sekarang abah telah menjalani rawatan dialisis buah pinggangnya selama lebih kurang 4 tahun.
Rumah keluarga atau kampung di Kamunting sekarang terbiar kosong dan tidak berpenghuni sejak abah tinggal di Perlis. Hanya bila Hari Raya dan hari-hari cuti tertentu dan bila ada kami adik-beradik yang hendak balik ke sana, baru la rumah ini kembali meriah. Bila balik sekali-sekala sedih rasanya tengok rumah yang rumputnya panjang dan terbiar. Sedangkan satu masa dulu meriah dengan suara gaduh kami adik-beradik, leteran arwah emak dan bau masakan emak. Rumah nie pun dah beberapa kali dimasuki pencuri dan banyak la barang-barang peninggalan arwah emak yang dicuri seperti barang-barang tembaga kesayangan emak, periuk belanga, pinggan-mangkuk, tv, motor dan entah la apa lagi.... Sedih tau....
Balik kepada abah, sebelum rawatan dialisis dijalankan mula-mula berat badan perlu diambil terlebih dahulu.Selepas itu tekanan darah pula diambil. Kedua-dua perkara ini perlu dilakukan setiap kali sebelum dan selepas rawatan dialisis dijalankan.
Setelah itu abah akan menjalani rawatan dialisis selama 4 jam yang dijalankan 3 kali dalam seminggu. Bilik rawatan ini disediakan tv untuk ditonton oleh mereka yang sedang menjalani rawatan. 4 jam memang lama dan bosan tapi terpaksa juga dihadapi.
Nie semasa rawatan sedang dijalankan.
Selepas 4 jam, wayar-wayar tadi dicabut semula.
Memang kesian tengok mereka yang menjalani rawatan dialisis ini. Di tempat abah jalani rawatan ini iaitu di Pusat Dialisis Tuanku Syed Putra - NKF Kangar, ada pesakit yang masih muda. Oleh itu penting kita jaga kesihatan buah pinggang kita. Dan selagi kita masih mempunyai ayah dan ibu sering-sering la jenguk mereka tetapi jika sibuk dan tidak berkesempatan talipon la mereka. Terutama bila ayah dan ibu kita telah tua dan tidak terdaya masa inilah kita boleh membalas jasa mereka yang telah menjaga kita dari kecil hingga dewasa. Satu lagi jangan segan-segan untuk meluahkan rasa sayang kita pada mereka, bila lagi kita nak ucapkan kata-kata sayang kita pada mereka. Kepada Abang Nan sekeluarga, terima kasih dari kami semua kerana menjaga abah. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya.
SAYANG ABAH......

Tuesday, December 2, 2008

Balik Dari Utara

Beberapa hari tak de entry sebab ke utara untuk berjumpa abah. Lama jugak tak jenguk abah sebab sekarang abah tinggal di Kangar, Perlis dengan abang Nan. Jadi kalau saja-saja nak drive ke sana ada dalam 320km. Sebelum nie masa abah tinggal di kampung di Kamunting, boleh dikatakan setiap dua minggu sekali mesti jenguk kalau tidak setiap minggu tapi sekarang nie sebab jarak menjadi halangan. Jadi nie baru sampai dari utara dan tak sempat nak citer apa-apa nanti la esok sambung.... Banyak kerja kena buat.