Salam semua.... Cepat betul masa berlalu... rasanya seperti baru semalam menerima panggilan dari Abang Nan memberitahu abah kurang sihat. Masa tue lebih kurang pukul 11.30 malam. Terus telefon adik-beradik yang lain untuk beritahu tentang keadaan abah.
Hari ini 8 Februari cukup sebulan abah pergi meninggal kami anak-anaknya. Abah pergi dalam usia 81 tahun pada tarikh 8 Januari 2010, 10 hari sebelum tarikh emak pergi meninggalkan kami 6 tahun yang lalu pada 18 Januari 2004.
Kali ni cuma nak letak gambar-gambar keluarga lama yang ada dalam simpanan. Bila ada masa terluang yang sedikit ini, cuba untuk scan balik gambar-gambar lama. Banyak jugak dalam simpanan, jadi untuk pertama kali nie hanya beberapa keping gambar dahulu yang discan. Gambar mula-mula tue adalah gambar emak dan abah masa tinggal di Cameron Highland dan yang kedua selepas pindah ke Taiping (Gambar nie rosak sikit). Masa nie saya telah pun dilahirkan. 
Gambar di atas pula masa abah menghadiri satu majlis kenduri. Masa muda-muda adalah gambar abah berbaju melayu dan bersamping. Bila dah semakin meningkat usia, abah banyak berbaju melayu dan berkain pelikat saja terutama ke masjid.




Abah memang suka bergambar sebab tue la gambar abah ada banyak dalam simpanan. Masih saya ingat lagi, saya memang suka untuk mengumpul dan meletakkan gambar-gambar ini dalam album, siap beli album gambar untuk simpan gambar-gambar keluarga. Mungkin sebab minat dengan sejarah dan sekarang mengajar sejarah kot... jadi memang minat sangat untuk simpan gambar-gambar sebagai kenanagan...
Al-Fatihah untuk Abah dan Emak....
No comments:
Post a Comment