Showing posts with label Cuti. Show all posts
Showing posts with label Cuti. Show all posts

Thursday, February 11, 2010

Cuti Hujung Minggu

Salam semua... Hari Ahad nie bangsa Tionghua akan menyambut Tahun Baru Cina di mana tahun ini adalah tahun Harimau. Jadi sekolah akan bercuti selama 4 hari sahaja dari Sabtu hingga Selasa, tidak seperti sekolah lain yang mungkin bercuti selama 9 hari... Apa pun, walau hanya 4 hari bersyukur sangat, lepas jugak sedikit sebanyak tekanan kerja kalau ada... dan boleh la bercuti. Untuk hujung minggu nie ada 2 program yang akan dihadiri, satu kenduri kawin sepupu di Kuala Selangor pada hari Sabtu dan juga reunion dengan kawan-kawan sekolah yang akan diadakan di Taiping pada hari Isnin. Tak sabar pulak nak jumpa kawan-kawan yang dah lama tak jumpa sejak tamat zaman persekolahan... Nanti kalau tak ada aral mungkin boleh diletak entry tentang program yang dihadiri ini.

THE TIGER
2010, 1998, 1986, 1974, 1962, 1950

Selamat bercuti...

Tuesday, September 1, 2009

Zara dan Ibunya

Salam semua.... Cuti yang lepas (tak habis lagi bercerita tentang cuti, nak cerita tentang masak-masak atau juadah berbuka, nie bukan blog masak-memasak dan masak pun apa la sangat, jadi tak payah la cerita tentang masak-memasak...) Ok dalam perjalanan ke Perlis hari tue singgah di Cangloon untuk ke rumah Maz untuk melawat dia dan anaknya. Kalau tak singgah nanti merajuk pulak dia....
Nie gambar Maz dengan anaknya Nur Zara Alisyah. Jumpa Zara dulu masa dia baru je berusia 40 hari lebih, nie dah besar sekarang.
Zara masa baru bangun dari tido. Sengih je...

Sekolah Dah Bermula

Salam semua.... Cuti sekolah dah habis dan hari nie bermula la sesi persekolahan. Bagi pelajar-pelajar tingkatan 5, hari ini bermula la Peperiksaan Percubaan SPM. Moga cuti yang bermula dari cuti khas H1N1 dan diikuti oleh cuti pertengahan penggal kedua dimanafaatkan sepenuhnya oleh pelajar tingkatan 5. Musim peperiksaan nie, cikgu kadang-kadang lebih berdebar-debar jika dibandingkan dengan pelajar. Boleh jawab ke? Aku ajar selama nie pelajar faham ke? Soalan senang ke susah? Macam-macam dalam fikiran cikgu....
Cuti baru nie cikgu-cikgu juga menduduki peperiksaan iaitu PTK. Hhhmmm... macam mana la keputusannya??? Persediaan tak seberapa pun. Apa-apa pun tunggu je la result nanti.
Cuti baru nie cuma ke Perlis untuk melawat abah di sana. Sempat jugak ke Padang Besar sekejap dan masa balik tue lalu ikut Chuping. Gambar di atas adalah ladang tebu Chuping yang saujana mata memandang. Bila tengok ladang nie terfikir macam mana gula boleh berkurangan di pasaran. Memang nak beli gula sekilo pun susah nak dapat sekarang. Bila jalan-jalan lagi ada sebahagian tanah tue ditanam dengan pokok getah. Tak tau la pulak kalo pokok getah tue telah menggantikan tebu atau memang ladang tebu. Kalo iye mungkin la sebab tue gula tak cukup sebab pokok tebu semakin kurang.
Balik dari Perlis singgah di Taiping sekejap untuk hantar adik yang ikut sama ke Perlis dan terus balik ke Manjung. Ke Perlis sekejap saja sebab Kijai datang ke rumah untuk sama-sama menyambut Ramadhan.

Tuesday, August 18, 2009

Buat Apa???

Salam semua... Cuti sekolah kerana H1N1 selama seminggu dah berlalu... buat apa??? Hehehe... tak buat apa dan jalan ke mana-mana pun. Tapi masa nie ambik kesempatan cari kawan-kawan masa sekolah dan universiti di Facebook. Facebook nie dah lama daftar tapi tak pernah explore functionnyer. Dan wow... jumpa beberapa orang kawan yang dah bertahun-tahun lamanya tak dengar khabar berita, sejak tamat zaman persekolahan lagi.... bestnyer... Masih tunggu beberapa orang kawan lagi untuk accept. Satu lagi kat Fb nie main Farmville, dalam masa tak sampai seminggu nie dah masuk level 10. Wah gigih betul la jadi petani dan bercucuk tanam dalam game nie... Asyik-asyik check ladang dan pungut hasil bila sampai masanya... Pas nie kena kurang-kurangkan main Farmville. Yang dah ada akaun Fb cuba la main game nie kalo ada masa dan tak tau nak buat apa... hehehe... nak bercucuk tanam kawasan sangat-sangat terhad di rumah jadi bercucuk tanam di alam maya je...

farmvillelogo

Esok Rabu dah sekolah balik tapi untuk tiga hari je sementara nak tunggu cuti selama 7 hari lagi. Tapi cuti kali nie ada exam PTK. OK mula baca buku sekarang berhenti sat jadi petani....

Wednesday, August 12, 2009

Cuti

Get WellSalam semua.... Confirm mulai hari nie sekolah akan ditutup kerana H1N1 sehingga 18 Ogos 2009. Pagi nie bila sampai di sekolah dekat pagar ada satu surat berwarna pink di tampal, notis pemberitahuaan tentang premis diarah ditutup.
Alamak memang la seronok bila bercuti nie tapi bila fikir pelajar akan menghadapi peperiksaan percubaan SPM tak lama lagi dan ada sikit lagi sukatan yang perlu dihabiskan jadi rasa macam mana ye... Lepas tue cuti nie mungkin perlu diganti, tue yang lagi tak best nak cuti...
Nak buat apa cuti nie??? Ramai kata duduk rumah je, ada yang nak menjahit baju raya langsir, cuba resepi baru dan ada yang nak balik kampung... Nak buat apa yeee????? Hrmmmm.....

Thursday, June 11, 2009

Cuti Nak Abis Dah....

Dah lama tak update blog jadi macam tak tau nak tulis apa. Hari nie lebih kurang pukul 2.15 petang tadi baru je sampai balik ke rumah di Manjung nie. Penat jugak... lepas sampai terus kemas barang serba sedikit dan tidur.
Cuti kali nie best jugak sebab ke Perlis dan sempat ke Langkawi, balik tue singgah di Kamunting. Lepas tue pergi ke rumah adik di Kota Warisan dan jalan-jalan ke Nilai, Kuala Selangor, Bagan Lalang, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Putrajaya. Kira sakan jugak la cuti nie ngan jalan-jalan dan shopping untuk raya katanya hehehe..... Nasib baik la adik layan je bila ajak jejalan walaupun dia orang tak minat sangat nak ke tempat-tempat yang diajak. Hehehe.... tima kasih ye... sebab layan kakakmu ini...
Esok cadangnya nak balik kampung kejap di Kamunting tapi bila dengar macam-macam terjadi yang tak tau betul ke tidak (adik yang ada di sana kata memang terjadi...) hmmm...... tengok la tak esok lusa mesti balik kejap. Ada sesapa boleh confirmkan tentang citer yang didengar tue???

Saturday, May 30, 2009

Cuti Bermula

Cuti sekolah dah bermula hari nie untuk selama dua minggu. Hari nie akan ke utara lagi dengan ditemani oleh Kak Chah. Nie tengah tunggu Kak Chah sampai dari rumahnya di Hulu Yam. Tadi dia talipon dan beritahu dah sampai kat Bidor dan nak berhenti makan dulu. Ok la sempat jugak nak buka blog sebab dalam dua tiga hari nie blog tidak dijengok sebab nak menyiapkan kerja-kerja sekolah.
Tak sabar rasanya nak menjenguk abah di Perlis dan mungkin lepas tue ke rumah adik di Kota Warisan. Ok la bila free dan berkesempatan akan diupdate kemudian.


Monday, May 4, 2009

Hujung Minggu Yang Lalu

Hari nie mula keje semula setelah bercuti hujung minggu yang agak panjang (3 hari) sempena Hari Pekerja. Bila bersembang-sembang, ramai yang balik ke kampung, jalan-jalan ke tempat peranginan dan shopping. Macam dalam gambar di atas bila bercuti macam-macam boleh dilakukan. Walaupun tinggal berdekatan dengan pantai Teluk Batik dan Pulau Pangkor pun dekat je tapi entah la dua tempat nie tak masuk dalam senarai tempat untuk bercuti. Mungkin sebab dekat je, jadi macam tak hairan nak ke sana sebab kononnya boleh ke sana pada bila-bila masa yang dikehendaki. Teluk Batik memang selalu pegi sebab kalau nak pegi, drive je tak sampai 15 minit dah sampai, tapi tue la sampai sekarang tak pernah mandi-manda di Teluk Batik. Orang jauh yang datang memang selalu dibawa ke sana untuk mandi-manda, tapi sendiri tak pernah.... hmmmm bila nak pegi mandi laut nie???

Hujung minggu yang lalu dihabiskan dengan menyiapkan kerja yang perlu dibereskan segera. Alhamdulillah pagi-pagi nie laporan yang perlu disiapkan selesai dan diserahkan kepada Pengetua. Kertas soalan peperiksaan pertengahan tahun pun siap. Rumah yang lama tak dikemas pun dibersihkan (nie pun sebab ada ex-student, Aini Zahirah kata nak datang jadi sempat la kemas rumah. Tapi dapat panggilan telefon dia accident, jadi cancel. Sebenarnya dia nak hantar kad kawin...)

Hujung minggu baru nie ada 4 rancangan TV yang final seperti OIAM, AIM, World Stars Road to Hollywood dan Pesona NONA. Semuanya ditonton. Habis dah tak ke mana.... tengok tv la....
Hmmm kena cari hobi baru la pulak...

Thursday, April 30, 2009

Selamat Hari Pekerja

Horray!!!! Esok Jumaat cuti sempena dengan Hari Pekerja. Jadi diucapkan Selamat Hari Pekerja untuk semua tak kira la yang bekerja, dan yang tidak bekerja juga, yang sedang mencari kerja, dan yang tak mahu kerja-kerja, terutama sekali pekerja yang makan gaji buta. Hahahah... jangan ada yang terasa plak...


Semoga kita semua lebih akan menjadi produktif, kreatif, inovatif dalam melakukan tugasan dan dilimpahi dengan rezeki yang lebih, naik gaji, naik pangkat, dapat bonus dapat insentif dan sebagainya.

Tadi sebelum balik ada taklimat dengan Pengetua tentang lawatan yang ditunggu-tunggu dari Jemaah Nazir yang kemungkinan akan datang memantau sekolah minggu depan. Menurut Pengetua keje-keje yang telah dilaksanakan dari awal tahun dan dah berbulan-bulan nie... akan dilihat dan dinilai dalam minggu depan nie. Sehari je pemantauan tersebut. So apa lagi kena all out minggu depan, dari semua sudut terutama P & P. Hmmm... memang dah biasa dengan mengajar tapi bila sesekali dipantau peluh dingin tue mesti mengalir jugak... Insyaallah moga apa yang dihajati oleh semua warga SMTSM akan menjadi kenyataan....

Sempena dengan cuti esok apa kata kita baca cite jenaka nie..... Esok kan hari Jumaat...


Nie saya copy and paste je dari email, sebab pengajaran dari cerita ini patut di kongsi bersama cerita pasal harimau beriman boleh???


Kisahnya macam ni,

Ada lah sorang lelaki Islam ponteng sembahyang Jumaat. Sebaliknya dia masuk hutan untuk memburu ayam hutan. Sedang dia terhendap2 di dalam semak, tiba2 dia berlanggar dengan seekor HARIMAU yang sedang lena tidur. Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur kedalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan...

KRAKKKK!

Kedua2 kakinya patah.

HARIMAU tadi terus menghambatnya, sedangkan dia dah tak boleh bergerak lagi.

"Ya Allah," doa lelaki tersebut,

"Ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang jumaat pada hari Jumaat yang mulia ini...Ampunilah aku ya Allah... makbulkan hajat ku ini... jadikanlah HARIMAU yang memburuku HARIMAU yang beriman...tolong la ya Allah! Aminnn.."

Tiba2 guruh berdentum!

HARIMAU tadi tiba2 terhenti betul2 di hadapan lelaki tadi. Tiba-tiba....Sambil menadah kedua2 kaki depannya ke langit .. HARIMAU tersebut pun berdoa,

"Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azzabbannar. Amin"

Sekian sahaja cite kita ari nie....

Saturday, March 21, 2009

Cuti-cuti

Lamanya tak update blog..... Cuti sekolah pun tinggal sehari je lagi. Sepanjang cuti hingga ke hari ini berada di utara mana lagi kalau tak di Kangar untuk melawat abah dan keluarga Abang Nan. Di Perlis pun tak ke mana...
Hari nie balik dari Perlis singgah sekejap di rumah kat Taiping untuk jenguk-jenguk kejap rumah dan adik, Mahmud di sana.
Entry jalan-jalan cari makan dah lama tak tulis kan... Tadi lepas balik dari kampung singgah makan di Doli Kuey Teow Goreng yang terletak di Jalan Regat Tupai. Memang famous kedai nie, baru-baru nie keluar kat Astro Prima dalam rancangan Warung Kita.
Dalam gambar di atas, perempuan di belah kiri tue la yang masak kuey teow goreng yang terkenal tue bukan guna dapur gas tapi pakai arang.
Hidangan yang terkenal di sini tentu la kuey teow goreng. Ada dua jenis yang biasa dan special. Yang membezakan antara keduanya adalah dari segi kuantiti udang, kerang dan kuey teow. Dari segi rasa ramai yang puji sedap. Cuba lah...
Ini satu lagi hidangan yang dijual di sana iaitu Mee Kari. Restoran nie tak jual banyak pilihan makanan antaranya nasi ayam, mee rebus, kuey teow sup dan sup ayam, tapi ramai betul pengunjungnya. Macam tadi kena tunggu sejam baru dapat hidangan yang dipesan. Bila tanya Azalillah dia kata tak pe la tunggu sejam pun sebab memang puas hati.