Showing posts with label Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Sekolah. Show all posts

Sunday, September 13, 2009

Sibuk

Salam semua.... Selepas satu-satu peperiksaan, ada kerja-kerja pemeriksaan kertas jawapan pelajar yang harus dilaksanakan. Dalam seminggu dua nie memang sibuk dengan kertas Peperiksaan Percubaan SPM para pelajar. Tue yang blog nie agak terbiar dan hanya sesekali dijenguk.
Dari tiga kelas yang diperiksa, baru satu kelas yang selesai ditanda. Hrmm... memang lambat kerja-kerja pemeriksaan nie dilakukan sedangkan ada yang dah siap memeriksa. Tapi azam mesti selesai memeriksa sebelum cuti hari raya. Insyaallah... Keputusan dari kelas nie agak mengecewakan tak tau la dua kelas lagi tue.... Rasa seperti apa yang diajar seperti masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Tambahan pula sejarah bukan satu pelajaran yang diminati oleh kebanyakan pelajar dan ada yang kata tidak ada "commercial value". Dan ada pulak ura-ura mata pelajaran sejarah akan dijadikan mata pelajaran elektif. Kalau ditukar jadi elektif rasanya ramai la pelajar yang tak akan mengambil pelajaran ini. Sekarang nie terpaksa sebab sejarah salah satu mata pelajaran teras. Macam mana di kalangan pelajar akan lahir semangat patriotisme, cintakan negara dan mengetahui susah payah pahlawan dahulu kala berjuang menentang penjajah kalau sejarah hanya pelajaran elektif???

Wednesday, August 12, 2009

Cuti H1N1

Thank You Heart Salam semua....
Dengarnya sekolah akan bercuti selama seminggu hingga 18 Ogos 2009. Walau bagaimanapun esok akan diadakan taklimat sebelum dibenarkan bercuti seminggu... Apa-apa pun kena tunggu esok baru boleh confirm.
Hrrmmm.... cuti seminggu nak buat apa nie??? Wah macam-macam rancangan
1. Gie jalan cuti-cuti Malaysia... (tak kot... tak sesuai sekarang)
2. Gie Perlis jumpa abah.... (kena tunggu saya pun sihat baru boleh jumpa abah sebab abah tak sihat sangat)
3. Gie KL jalan-jalan shopping raya.... (best nie....tapi.... kena fikir balik)
4. Gie Ipoh la dekat sket untuk shopping.... (hehehe best jugak nie, lama tak gie Ipoh....)
5.
6.
7. Duk rumah je la.... (memang kena kuarantin pun kan....)

Apa-apa pun kena tunggu esok......

Tuesday, August 11, 2009

Di Suatu Pagi...

Salam semua....
"Cikgu Indonesia tue besar dari Malaysia ke?"
"Indonesia tue pulau ke cikgu?"
Terkedu bila mendengar pertanyaan sebegitu keluar dari seorang pelajar Tingkatan 4. Peristiwa ini berlaku di suatu pagi ketika mengajar tentang topik 'Islam di Asia Tenggara'. Tak tau la kalau mereka saja nak menguji cikgunya atau memang betul-betul tak tau. Belum lagi cerita tentang negara-negara Eropah... Itu la yang terjadi bila Geografi bukan lagi menjadi subjek teras untuk pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan 5. Kedudukan sesuatu negara bukan lagi di dalam pengetahuan pelajar-pelajar. Kalau dahulu peta dunia ada dalam kepala pelajar-pelajar, bila cikgu sebut tentang sesuatu negara terus boleh terbayang di mana kedudukan negara tersebut di peta dunia.
Ok cuba tengok peta Asia Tenggar di bawah, cuba bandingkan keluasan Malaysia dan Indonesia. Errr.... nie bukan la nak mengajar Geografi tapi saja nak tunjuk kedudukan Indonesia dan peta Asia Tenggara.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjiIviJg0fHPFRa0IZgutHAQ3dwdoZ0ANgB3W8IAsl88YPGoIN2c7x6UXaMQJfAm65Il7_5O-QbYuOhIe_nS-4mq48VuLXhktXwe1HMrF3SawqNAw6yUh1YHhSXanoQX5AIRStzr9qCBW9d/s400/Peta+Asia+Tenggara+Warna.jpg
Ingat lagi masa zaman kanak-kanak dulu, saya adik-beradik suka main teka kedudukan sesuatu tempat berpandukan Atlas atau Buku Peta Dunia. Pernah main tak??? Mula-mula cari kedudukan satu tempat (kalau boleh cari tempat yang tulisannya paling kecik dan paling pelik namanya), lepas tue suruh la lawan kita cari tempat tue di peta tersebut. Kalau siapa dapat cari kedudukan tue dengan betul dan cepat dia menang. Jadi sebab nak menang, buku peta selalu dibelek dan dibaca untuk tahu kedudukan sesuatu tempat atau bandar. Tapi sekarang peta dunia pun pelajar-pelajar jarang nak tengok.... Hhhhmmmm......

Wednesday, August 5, 2009

Topeng Muka

Salam semua.... Hari nie di sekolah semua guru, kakitangan dan pelajar dibekalkan dengan face mask dan sana sini kelihatan guru dan pelajar bertopeng putih untuk menutup mulut dan hidung. (Sekarang dengarnya kalau nak beli kat kedai pun mahal harganya ada kawan yang beli dengan harga RM 0.50 awal dulu tapi sekarang ada yang beli dengan harga RM 1.00... wah cepat je ambik kesempatan dalam keadaan sekarang...) Kenapa tetiba ramai yang pakai topeng nie??? Nie la penangan H1N1, mulai minggu nie ramai pelajar yang demam dan selsema, dan semalam je dekat 40 pelajar dibawa ke hospital untuk menerima rawatan dan sebab ramai sangat yang demam (hari nie pun ramai yang ke hospital untuk dapatkan rawatan), semalam orang dari Pejabat Kesihatan datang ke sekolah untuk mengambil sampel darah pelajar yang demam tersebut. Hari nie pula diadakan ceramah tentang Influenza A H1N1 di dewan sekolah untuk semua pelajar dan guru-guru. Apa-apa pun moga-moga semuanya selamat. Amin....

Friday, July 24, 2009

Sesi Bergambar

Salam semua... Lepas perhimpunan pagi nie ada sesi fotografi untuk cikgu-cikgu. Nie saja letak antara gambar yang diambil semasa sesi tue pagi tadi...
Ada gambar semua cikgu-cikgu dan mengikut bidang masing-masing.

Thursday, July 23, 2009

Kuiz Sejarah dan Patriotisme 2009 Daerah Manjung




Salam semua.... Hari ini telah diadakan Pertandingan Kuiz Sejarah dan Patriotisme Sekolah Menengah Daerah Manjung Tahun 2009 bertempat di SMK Dato' Idris, Pantai Remis. Sebagaimana biasa kena jadi guru pengiring untuk bawa seramai 4 pelajar untuk mewakili sekolah. Persiapan kami agak kelam-kabut dan last minute sebab minggu lepas sewaktu surat sampai saya di Penang dan hari Isnin baru nie MC. Jadi hari Selasa baru nie, baru dapat surat tentang kuiz dan baru cari pelajar untuk mewakili sekolah. Balik sekolah hari Selasa tu, beli buku-buku Sejarah tingkatan 1 - 3 untuk dibaca oleh pelajar. Huuuuhh... mesti tak ada harapan nie. Tak pe janji penyertaan ada...

Gambar di atas adalah ketika para pelajar dari setiap sekolah tekun dan khusyuk menjawab soalan-soalan secara individual. Kami, guru-guru pengiring kena mengawasi pertandingan ini secara bergilir-gilir.

Setelah habis menjawab maka guru-guru pengiring dikehendaki memeriksa jawapan para pelajar. Alhamdulillah peserta sekolah berjaya mendapat tempat ketiga. Kali terakhir sekolah mendapat tempat dalam pertandingan nie rasanya kalau tak salah 6 tahun dulu kot....
Setelah tamat pemeriksaan kertas jawapan dan pemenang-pemenang diperolehi maka sesi penutupan dijalankan. Encik Osman Bin Ahmad, Pegawai Khas Kokurikulum dari PPD Manjung telah menyempurnakan proses majlis penutupan dan seterusnya menyampaikan hadiah-hadiah.

Semasa pengerus majlis mengumumkan tempat ketiga untuk majlis penyampaian hadiah, dia tersebut SMK Seri Manjung.... Aiikk..... tadi masa kira markah menang macam mana kalah pulak???? Terus angkat tangan dan tanya.... rupanya dia tersalah sebut, tertinggal Teknik tue.... Pelajar SMK Seri Manjung dah datang ke depan untuk ambil hadiah.... Sian dia.... Huuuuu..... Gambar di atas tue Siti Norfika Binti Khamis selaku Ketua Pasukan menerima hadiah bagi pihak rakan-rakan yang lain.

Wakil dari SMTSM yang telah berjaya mendapat tempat ketiga, dari kiri Nur Amirah Binti Amran, Siti Aqilah Binti Zainddin, Siti Norfika Binti Khamis dan Roslina Binti Mohd Jelani bergambar bersama-sama dengan Encik Osman Bin Ahmad.

Atas kejayaan mereka maka setiap seorang diberi hadiah bonus tambahan iaitu belanja makan di KFC. Moga di tahun-tahun yang akan datang pasukan sekolah akan memperolehi kejayaan lagi. Insyaallah..

Saturday, May 23, 2009

Hari Guru 2009 Peringkat Sekolah

Semalam Jumaat, 22 Mei 2009 diadakan sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah dengan tema Guru Pembina Negara Bangsa. Guru-guru dan kakitangan sekolah ceria dengan baju batik KGKT yang baru. Ada yang malam Khamis tue baru ambil baju dari tailor. Iya la kan nak sambut hari raya bagi guru-guru, mesti la berbaju baru kan...
Sambutan dimulakan dengan guru-guru diketuai oleh Pengetua Cemerlang sekolah Puan Siti Arfah Ibrahim berarak bermula dari pejabat sekolah ke dewan sekolah dengan diiringi oleh pasukan kompang sekolah dan bunga manggar. Ada banyak gambar jadi kalau nak letak satu-satu, banyak pulak jadi letak la dalam satu slide seperti di atas. Ini sementara nak tunggu bermulanya perarakan tersebut.
Pelajar-pelajar telah pun menunggu guru-guru di dalam dewan.
Pengetua, Penolong-penolong Kanan dan Pengerusi PIBG.
Setelah selesai membaca perutusan maka tiba la acara yang dijalankan setiap kali diadakan sambutan Hari Guru iaitu nyanyian lagu tema iaitu Guru Pembina Negara Bangsa, lagu Guru Malaysia dan Bacaan Ikrar Hari Guru.
Kami guru Malaysia...
Berikrar dan berjanji

Mendidik dan memimpin

Putera puteri negara kita.......
Masa nyanyi Guru Malaysia tue naik semangat dan rasa bertuah sebab diberikan kerjaya sebagai seorang guru. Walaupun pendapatan tak seberapa jika dibanding dengan rakan-rakan yang kerja dengan swasta (Alhamdulillah bersyukur sangat-sangat) tapi bila bekerja dengan ikhlas dan anak murid berjaya dalam hidup, rasanya itu lah kejayaan yang paling besar dari pendapatan yang tinggi. Ingat lagi masa KPLI, Pengetua Maktab kata kalau nak cari pangkat, gaji yang tinggi, cikgu bukan lah jawatannya. Hhhmmmm..... betul tue...
Selepas rehat, diadakan pertunjukan pentas oleh guru-guru dan pelajar-pelajar dan diikuti dengan majlis penyampaian hadiah dari KGKT dan hadiah untuk pertandingan sukan yang telah diadakan minggu lepas dan minggu nie. Nie yang saya menang untuk bowling (jadi la dalam tak berapa pandai main dapat la tempat ketiga).

Thursday, May 7, 2009

Kunjungan Yang Tak Tiba

Di sekolah hari nie semua berdebar-debar menunggu nazir yang dikatakan akan hadir hari ini.... Ada rakan yang terlupa hari ini Khamis (sebab semalam dia ke Tapah membawa pelajar untuk pertandingan kawad kaki GO) dan tidak memakai baju batik... apa lagi nampak rakan-rakan berbaju batik dan nazir pulak nak datang kelam kabut balik untuk bertukar ke baju batik. Yang tak siap lagi BRM untuk hari ini cepat-cepat siapkan, ABM pun dicari kerana dengarnya pemantauan kali ini lebih tertumpu pada P & P. Rakan-rakan ramai yang suspen je kalau kena pantau (termasuk la saya sekali hahaha...).

Sekolah sebelah yang masuk bertanding dengarnya dilawat oleh nazir hari ini. (Siap sedia je la mana tau nanti mereka nie singgah pula kan....) Tapi kemudian ada rakan-rakan yang fon sekolah di SP sebab dengarnya semalam nazir di sana. Berita yang di terima.... hari ini mereka berada di sana. Semalam di AS. Dan on the way balik nanti baru singgah Perak tentu la sini kan...

Jadi penantian tue tak lagi selesai... Bila pulak???

Wednesday, May 6, 2009

Esok Yang Dinanti

Esok hari yang dinanti-nanti oleh semua warga sekolah. Dengarnya Jemaah Nazir akan datang esok... Kelam kabut kawan-kawan mengemas bilik guru, bilik-bilik khas dan menyiapkan fail-fail. Petang tadi dah pukul 6.30 baru tau kedatangan mereka nie confirm esok... Baru tau sebab tadi balik awal kerana ke PPD menghadiri satu taklimat di sana, jadi tak sempat nak bantu kawan-kawan buat persiapan terakhir... Moga hasrat menjadikan STESMA terunggul menjelang 2009 nie menjadi kenyataan. Insyaallah...

Monday, March 30, 2009

Sabtu 28 Mac 2009

Hari Sabtu yang lalu kena ke sekolah sebab ada Kursus Perkembangan Staf yang kedua untuk tahun ini. Dengarnya seluruh sekolah di Perak nie wajib mengadakan kursus untuk guru dan staf pada hari tersebut.
Nie gambar masa minum pagi di kantin sekolah lepas tamat sesi pertama. Saja letak gambar nie sebab nak tunjuk kat Tera gambar Cikgu Zamrudah di sebelah kanan, sebelah kiri tue Lin dari Warisku Minangrawa.
Sesi kedua diteruskan dengan ceramah dari Encik Azman Ali dari Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti. Penceramah nie kawan masa belajar kat UPSI dulu. Ceramah yang disampaikan bertajuk P&P yang Berkesan.
Rakan-rakan yang tekun mendengar ceramah yang disampaikan. Tambahan pula Bilik Persidangan baru saja dicat dan mendapat skirting dan alas meja baru jadi semangat cikgu-cikgu pun semuanya berkobar-kobar dan bersemangat mendengar ceramah yang disampaikan oleh Puan Pengetua pada sesi pertama dan Encik Azman Ali semasa sesi kedua.

Sunday, March 8, 2009

KOT Sekolah Kali Ke-11 2009

Entry nie patutnya nak letak semalam tapi sebab ada kerja lain jadi tangguh ke hari nie. Kalau baca blog rakan-rakan sekolah ramai yang letak tentang acara sukan tahunan yang diadakan semalam Sabtu, 7 Mac 2009. Ramai yang tulis tentang acara yang berlangsung di padang dengan gambar dan ceritanya. Tapi entry saya lain sikit sebab saya berkesempatan berada di padang sekejap sahaja sebab tugas saya yang memerlukan saya berada di tempat lain.

Tengok gambar-gambar nie mesti tau kerja yang perlu saya laksanakan. Ye la tue kena uruskan makan dan minum atau jamuan untuk VIP termasuklah guru-guru. (Sebab tu la gambar acara di padang, kawad kaki dan penyampaian hadiah tak ada dalam koleksi) Gambar pertama di atas belah kiri tue adalah jamuan selepas majlis perasmian yang diadakan di Bilik Ketua Bidang dan yang lain-lain adalah jamuan makan tengahari selepas tamat acara sukan di padang yang diadakan di Dewan Makan Aspuri.

Hidangan untuk VIP diadakan di atas pentas Dewan Makan Aspuri. Pengetua Kanan, Puan Siti Arfah dan para tetamu sedang menjamu selera.

Menu makan tengahari adalah masakan kampung seperti ayam masak lemak cili api, kerabu taugeh dan ikan masin seperti dalam gambar di atas.

Yang mendapat sambutan dari tetamu dan guru-guru ikan keli dan temenung bakar bersama air asam, ulam-ulaman serta sambal belacan, tembikai sebagai pencuci mulut, air sirap dan nasi putih.

Selepas penat bekerja di padang, kita menjamu selera la pulak.

Friday, January 23, 2009

Sambutan Hari Lahir Anjuran KGKT

Seperti tahun lepas, AJK Kelab Guru dan Kakitangan (KGKT) SMTSM tahun 2009 telah meneruskan tradisi dengan mengadakan sambutan hari lahir untuk guru-guru yang lahir pada bulan Januari. Saya juga salah seorang dari mereka yang lahir di bulan ini, maka kami telah dihadiahkan dengan kad hari lahir yang disampaikan oleh Puan Pengetua Kanan selepas perhimpunan mingguan sekolah. Terima kasih atas ingatan.
Seterusnya di kantin sekolah diadakan jamuan untuk semua guru dan kakitangan sekolah iaitu kuih dan air. Kuih cara berlauk, pulut seri kaya dan air teh tue adalah disponsor oleh KGKT sempena dengan sambutan hari lahir bulan Januari. Dengar-dengar bulan-bulan yang lain, lain pula menunya....
Terima kasih yee...