Kami yang mendengarnya pun merasa begitu terperanjat dan sedih apatah lagi Cikgu Sulaimi dan isterinya.
Thursday, August 20, 2009
Perginya Tak Kembali
Salam semua.... Memang terkejut dan seperti tidak percaya bila pagi tadi mendapat berita perginya anak Cikgu Mohd Sulaimi Md Islam dan isterinya Puan Asiah iaitu Amirul. Sejak akhir-akhir ini banyak diterima berita-berita mengejut tentang pemergian yang tidak kembali lagi.... En Sulaimi adalah Ketua Bidang atau Guru Kanan Kemanusiaan di sekolah, jadi boleh dikatakan bos saya dan selalu bekerjasama dengannya untuk subjek sejarah. Amirul masih lagi muda baru 13 tahun dan selalu dibawa oleh Cikgu Sulaimi ke mana-mana kerana dialah satu-satunya permata hati Cikgu Sulaimi dan isterinya. Dan sekarang Amirul telah dijemput pergi kerana Allah lebih menyayanginya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Salam takziah buat cikgu sulaimi dan isteri
Semoga tabah menghadapi ujian Yang Maha Esa ini...
Al Fatihah buat Allahyarham Amirul..
innalillahhiwainalillahhirojiun....semuga ckgu sulaimi tabah dan rdha dgn ujian ini berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul...
Maz
Semoga rohnya ditempat dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Al Fatihah
azlina
didoakan cg sulaimi dan isteri tabah dan redha dengan ketentuanNya.
cuma Al Fatihah yang dapat di hadiahkan
.. yang pergi tetap pergi....Al Fatihah. Sabar dan berbicara lah.. dengan Allah penawarnya..
alfatihah juga - anak cikgu sulaimi tu sakit apa? berita tak lengkap la la cikgu .. hehe -mrak
anahsak
semoga kita semua tabah dalam menghadapi apa jua cobaan dan dugaan dari Nya
mrak
dia jatuh di sekolah.... Al Fatihah
Post a Comment