Saturday, August 29, 2009

Berjumpa KuIna LadyInRed

Salam semua.... Semalam baru balik dari Kangar, Perlis. Ke sana pada hari Rabu, 26 Ogos 2009. Bulan puasa nie tak jumpa lagi abah dan kebetulan cuti sekolah jadi ke sana sebentar. Sebelum ke sana ada tinggal message di blog satu rakan nie (kira blogger yang famous juga) kata akan ke Kangar dan dia email no phone dan berpesan jika ada kelapangan hubungi dia... Jadi setelah balik dari Padang Besar (rutin wajib bila ke Perlis..), ada kelapangan maka si dia dihubungi dan berjanji untuk berjumpa berdekatan dengan pejabatnya.Perjumpaan diadakan berhadapan di sebuah kedai makanan segera yang baru dibuka, tapi tue la kan bulan Ramadhan nie jadi cuma jeling-jeling dan pandang-pandang saja. Orangnya kecil molek dan begitu peramah sekali. Semasa berjumpa dia memakai baju merah, ialah nama glamer pun KuIna LadyInRed, harus berbaju merah kan... Walaupun perjumpaan hanya sekejap kerana si dia sedang bekerja (tapi lari sekejap untuk berjumpa) tapi kemesraan dirasakan.... Insyaallah mungkin kita akan berjumpa lagi, selama nie hanya berjumpa di alam maya, semoga persahabatan dapat dikekalkan di alam nyata. Terima kasih Ku Ina kerana meluangkan masa untuk berjumpa....

4 comments:

IMANSHAH said...

Saya tau dia..haha..seronok jumpa??

siti_m said...

imanshah
kenal kuina yee... first time jumpa kawan blogger nie... seronok sebab dia begitu ramah sekali..

kuIna said...

insyaAllah jumpa lagi ya... moga silatulrahim berpanjangan..

siti_m said...

kuIna LadyInRed
Insyaallah...