|
Gambar di atas adalah ketika para pelajar dari setiap sekolah tekun dan khusyuk menjawab soalan-soalan secara individual. Kami, guru-guru pengiring kena mengawasi pertandingan ini secara bergilir-gilir.
Setelah habis menjawab maka guru-guru pengiring dikehendaki memeriksa jawapan para pelajar. Alhamdulillah peserta sekolah berjaya mendapat tempat ketiga. Kali terakhir sekolah mendapat tempat dalam pertandingan nie rasanya kalau tak salah 6 tahun dulu kot....
Setelah tamat pemeriksaan kertas jawapan dan pemenang-pemenang diperolehi maka sesi penutupan dijalankan. Encik Osman Bin Ahmad, Pegawai Khas Kokurikulum dari PPD Manjung telah menyempurnakan proses majlis penutupan dan seterusnya menyampaikan hadiah-hadiah.
Semasa pengerus majlis mengumumkan tempat ketiga untuk majlis penyampaian hadiah, dia tersebut SMK Seri Manjung.... Aiikk..... tadi masa kira markah menang macam mana kalah pulak???? Terus angkat tangan dan tanya.... rupanya dia tersalah sebut, tertinggal Teknik tue.... Pelajar SMK Seri Manjung dah datang ke depan untuk ambil hadiah.... Sian dia.... Huuuuu..... Gambar di atas tue Siti Norfika Binti Khamis selaku Ketua Pasukan menerima hadiah bagi pihak rakan-rakan yang lain.
Wakil dari SMTSM yang telah berjaya mendapat tempat ketiga, dari kiri Nur Amirah Binti Amran, Siti Aqilah Binti Zainddin, Siti Norfika Binti Khamis dan Roslina Binti Mohd Jelani bergambar bersama-sama dengan Encik Osman Bin Ahmad.
Atas kejayaan mereka maka setiap seorang diberi hadiah bonus tambahan iaitu belanja makan di KFC. Moga di tahun-tahun yang akan datang pasukan sekolah akan memperolehi kejayaan lagi. Insyaallah..
3 comments:
Tahniah.. Sekolah penggubal soalan tak pernah menang waima tempat kelima pun. Tahun ni di Btg Pdg Syeikh Abd Ghani menang tpt pertama. Seorang pesertanya adalah anak saya. Ada suara-suara nakal mengatakan saya bocorkan soalan beri kat anak!! Saya tak sejahat itu.....
Cikgu Nazeri
terima kasih... kami dah lama tak menang atau dapat tempat dalam pertandingan nie jadi tempat ketiga nie kira ok la. Nak puaskan hati semua orang memang susah ada je yang tak kena.... saya kenal cikgu nazeri memang tak sejahat itu. Biar menang cara fair and square
mengimbau kenangan.. hehe
Post a Comment