Friday, July 30, 2010

Sampai Syurga...

 
Lagu: Sampai Syurga

Artis: Faizal Tahir

Ku membenarkan jiwaku
'Tuk mencintaimu
Ku persembahkan hidupku
'Tuk bersama kamu

Dan diriku untuk kamu
Belum pernah kumerasai begitu
Semua itu telah berlalu
Harapanku palsu

Dan mungkin hari yang satu
Terus ku tertunggu

Di hatiku masih kamu
Belum pernah ku ingin terus menunggu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
'Tuk dirimu

Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya satu hanya kamu

Ku membiarkan hatiku
'Tuk merinduimu
Ku menghamparkan sakitku
'Tuk tatapan kamu

Bersamamu harapanku
Hilang dalam terang yang membutakanku

Dan segala yang ku ada
Ku berikan semua
'Tuk dirimu saja

Ku mahu dirimu
Bahagia untuk selamanya
Biar sampai syurga

Aku menunggu cinta darimu
Agar ku sempurna

Namun aku tetap aku
Yang terbaik tuk diriku
Hanya satu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
'Tuk dirimu

Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu

Monday, July 26, 2010

Hujan Sepanjang Perjalanan...

Salam semua... Semalam dalam pukul 3.30 pm bertolak balik dari Kota Warisan, Sepang untuk perjalanan balik ke Manjung.  Mula-mula tersalah ambil jalan untuk ke lebuhraya arah ke utara dari Putrajaya, sedangkan ini bukan kali pertama lalu melalui Putrajaya atau Cyberjaya untuk ke utara...  Nasib baik perjalanan tersebut tak tersasar jauh.

Bila masuk je lebuhraya, hujan mula turun dengan lebatnya, cuma di kawasan R & R Rawang sahaja hujan berhenti dan ambil kesempatan untuk isi minyak di situ.  Masuk balik lebuhraya hujan mula turun balik dengan lebatnya dan tidak henti-henti sampai la ke Manjung.  Bila hari hujan, bawa kereta nie terasa begitu memenatkan kerana tumpuan yang lebih perlu diberikan.  Nak berhenti di mana-mana nanti akan melambatkan lagi perjalanan tambahan hari semakin gelap, dan bila malam dan memandu dalam hujan lagi la akan terasa "tensionnyer".  Tak tau la dengan pemandu yang lain, tapi bagi saya bila memandu dalam hujan waktu malam, maka line  jalan samada tepi atau tengah akan tidak nampak disirami cahaya kereta...  Stressnya masa nie bila memandu...

Perjalanan kali nie bole dikatakan matlamat tercapai..... Apa tue??? Hahaha...

Monday, July 19, 2010

PadaMu Kubersujud

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Afgan - PadaMu Kubersujud

ku menatap dalam kelam
tiada yang bisa ku lihat
selain hanya nama-Mu Ya Allah
 
* esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah
reff:
kau tempatku meminta
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hamba-Mu yang slalu bertakwa
ampuniku Ya Allah
yang sering melupakan-Mu
saat Kau limpahkan karunia-Mu
dalam sunyi aku bersujud
repeat *, reff
repeat reff
pada-MU

Thursday, July 1, 2010

Sebulan Berlalu

Salam semua...  Hari ini genap sebulan setelah berlakunya peristiwa itu. Peristiwa yang membawa seribu pengharapan...

Tuesday, June 29, 2010

Apa dan Kenapa

Salam semua... 
apa yang aku rasa hari nie...?


sedey...?... gembira...?.. bercinta..?... mencintai..?... marah?....
geram?......terkejut..?......hampa..?.. kecewa?..... ajaib..?..
suspen..?... loya..?...hebat..?...selesema?...confius..?....

x terkata?......x hepi..?...langsung x menarik...?.undefined..... x mo bercakap?...
menyukai..?.. x disukai..?.......x sangka..?..

menjerit..?.. hampeh..?.....melopong?................robot..?

.. kecewa berderai?.....terlalu ehem..ehem..?......

semua ada bercampur-baur...
aaaaaahhhhh....

Saturday, June 26, 2010

Janji Tinggal Janji

Salam semua...  Semakin terbiar dan hambar... semakin sukar untuk menyusun kata-kata walaupun sebaris ayat.  Sudah berjanji akan kembali menceriakannya tapi sampai ke hari ini, janji tinggal janji... senang menabur janji tapi untuk menepatinya memang sukar...
Hrmmm...

Thursday, March 4, 2010

Kali Pertama

Salam semua....  Cubaan pertama.... Moga dipermudahkanNya..

Wednesday, February 17, 2010

Mana Perginya Masa???

Salam semua.... Banyak yang nak dicoret tapi masa dan keadaan tidak mengizinkan. Banyak yang perlu diselesaikan dalam masa terdekat. Sedang mencari-cari masa dan ketika yang sesuai untuk mencoret sesuatu di sin.

Thursday, February 11, 2010

Cuti Hujung Minggu

Salam semua... Hari Ahad nie bangsa Tionghua akan menyambut Tahun Baru Cina di mana tahun ini adalah tahun Harimau. Jadi sekolah akan bercuti selama 4 hari sahaja dari Sabtu hingga Selasa, tidak seperti sekolah lain yang mungkin bercuti selama 9 hari... Apa pun, walau hanya 4 hari bersyukur sangat, lepas jugak sedikit sebanyak tekanan kerja kalau ada... dan boleh la bercuti. Untuk hujung minggu nie ada 2 program yang akan dihadiri, satu kenduri kawin sepupu di Kuala Selangor pada hari Sabtu dan juga reunion dengan kawan-kawan sekolah yang akan diadakan di Taiping pada hari Isnin. Tak sabar pulak nak jumpa kawan-kawan yang dah lama tak jumpa sejak tamat zaman persekolahan... Nanti kalau tak ada aral mungkin boleh diletak entry tentang program yang dihadiri ini.

THE TIGER
2010, 1998, 1986, 1974, 1962, 1950

Selamat bercuti...

Tuesday, February 9, 2010

...

"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari...
Dia datangkan petir dan kilat...
kita menangis dan tertanya-tanya,
ke mana hilangnya sinar...
Rupa-rupanya... Allah nak hadiahkan kita pelangi..."