Sunday, November 23, 2008

MENGAPA???

Mengapa harus lari, jika kau belum mencuba untuk menghadapinya.
Mengapa harus menyerah, jika belum mencuba untuk berjuang.
Mengapa harus mengeluh, jika kau belum mencuba mengerjakan sesuatu yang kau keluhkan.
Mengapa harus lari dari tanggungjawab, jika kau tahu bahawa kaulah yang benar.
Mengapa harus bersedih, jika masih ada begitu banyak kegembiraan.
Mengapa harus bersaing, jika kau belum mencuba untuk bekerjasama.
Mengapa harus mengeluarkan begitu banyak amarah, jika kau tahu perkara itu akan menyakitkan orang lain.
Mengapa harus mencari keburukan orang lain, jika kau memiliki banyak keburukan dalam dirimu sendiri.
Mengapa harus berdiam diri, jika kau dapat mengerjakan sesuatu yang bererti.
Mengapa harus mengkhuatirkan jalan hidupmu, jika masih banyak waktu yang berada di depanmu.
Mengapa harus takut akan kematian, jika kau tahu kematian tidak dapat kau hindari.
Kita hanyalah manusia yang tidak sempurna, mempunyai kesalahan, berdarah, sakit hati, marah, sedih, senang, keras kepala, baik hati, dengki, dan semua emosi baik, dan emosi buruk. Kita mungkin sering jatuh, dan banyak teman-teman kita yang akan mencuba memberi semangat pada diri kita, dan menghulurkan tangan pada diri kita, tetapi bila kita tidak mencuba untuk bangkit dan berusaha lebih keras untuk diri kita sendiri, maka sia-sialah apa yang diusahakan oleh teman-teman kita.
Diri kitalah sendiri yang dapat menentukan dan menilai diri kita sendiri bahawa diri kita baik atau buruk, malas atau rajin, pemarah atau bukan pemarah, sedih atau gembira, tidak ada orang lain yang lebih mengenal dirimu selain dirimu sendiri, orang lain hanya dapat melihat dirimu dari penampilan, walaupun mereka dapat menilaimu, tetapi hanya dirimulah yang dapat menilai 100% dirimu, jika kau tidak dapat menilai perkara yang semudah ini, bagaimana kau dapat menilai orang lain.
Mengenal diri sendiri adalah perkara yang cukup mudah, bagaikan kolam yang dangkal dan keruh, jika kau menenangkan diri maka kotoran dalam air akan turun, dan terlihat dasar dari kolam tersebut.
Tenangkan diri, dan lihatlah dalam hatimu, maka terlihatlah sifatmu, kenali, renungkan, perbaiki, maka kau akan menjadi lebih baik dari sebelumnya.
Jumpa kata-kata di atas masa melayari beberapa laman. Dalam hidup, memang sering kita bertanya kepada diri kita mengapa begini dan tidak begitu, mengapa sini dan tidak sana, mengapa ini terjadi dan tidak itu dan seribu satu pertanyaan sering bermain di fikiran. Tapi tu la kalau terlalu memikirkan perkara-perkara tersebut sampai bila pun hati dan fikiran tidak akan tenang. Apa yang penting jalani hidup sebaik yang mungkin. Mungkin ada yang tidak memahami diri, yang penting kita pastikan apa yang dilakukan tidak bertentangan. Sebab tu ada yang kata, "Life is too short, so enjoy it".

Saturday, November 22, 2008

Perjalanan ke Pantai Timur

Pagi hari Isnin lepas 17 November 2008 ke sekolah untuk settlekan apa-apa yang perlu sebelum cuti dan ambil surat, tetiba kawan-kawan ajak pegi ke Pantai Timur dan sebab tak ada apa-apa halangan jadi on je la. Lagi pun dah lama tak ke sana. KGKT yang nak buat rombongan ke sana pun tak jadi... hmmm... Jadi bertolak dari Manjung pegi ke Kuala Kangsar dan terus ke highway menuju Grik. Singgah kejap di R & R Tasik Raban untuk buat apa-apa yang patut dan makan tengahari. Tak ramai pengunjung pada hari itu mungkin sebab hari Isnin, kalau hujung minggu mungkin ramai kot. Cantik tempat nie tapi sayangnya macam terbiar. Toilet tak terjaga. Gerai-gerai terbahagia kepada dua bahagian. Gerai-gerai di bahagian atas terbiar dan tak digunakan. Menurut kata peniaga di situ dulu mereka meniaga di atas tapi di suruh berpindah ke gerai bahagian bawah.


Kawasan di sekitar R & R Tasik Raban

Berhenti kejap atas Jambatan Raja Muda Nazrin, Tasik Raban untuk ambik gambar.

Satu lagi tasik sepanjang lebuhraya Timur Barat nie adalah Tasik Banding. Tapi tak berhenti di R & R tasik nie jadi ambik gambar dari dalam kereta sahaja. Jadi perjalanan diteruskan ke Kelantan dan singgah di Bukit Bunga, Jeli.

Macam-macam ada di sini terutama barangan dari mana lagi kalau tak Siam. Singgah hanya untuk lihat-lihat sahaja barangan yang dijual, sama saja macam di Padang Besar. Jadi tak beli apa-apa pun.

Tertarik dengan dua jenis buah salak satu panjang dan lonjong, nie jarang jumpa dan satu lagi buah salak yang biasa dilihat dijual di merata-rata tempat. Ikut kata peniaga, yang lonjong tu isinya lagi lembut. Tak tau betul ke tak sebab tak beli pun.

Perjalanan di teruskan lagi sampai ke Kota Bahru, Kelantan ha... dah nampak pun KB Mall. Sampai lebih kurang pukul 6.00 petang. Tapi tak singgah pun. Lalu je. Terus ke PCB atau Pantai Cahaya Bulan untuk lihat pantai di waktu petang. Nampak tak signboard, PCB kanan pukul tiga.

Ramai jugak pengunjung di PCB tapi tu la sebab hakisan jadi pantai nie diletak bongkah-bongkah batu. Jadi nak mandi-manda kurang sesuai. Kedudukan gerai-gerai makanan juga telah diubah. Kalau dahulu betul-betul depan pantai tapi selepas diletak batu-batu, gerai-gerai telah diletak ke belakang sikit jauh dari pantai. Dulu ada gerai-gerai jual kraftangan dan kain baju batik di sini tapi kali nie tak nampak pulak mungkin dah dipindahkan. Sepanjang jalan ke PCB memang la banyak kedai-kedai jualan batik.

Selepas makan maka kami terus ke Kota Bahru untuk cari tempat penginapan.

Friday, November 21, 2008

Koleksi Terbaru Fridge Magnet

Pernah cerita dulu mengumpul FM adalah hobi saya sekarang. Jadi hari nie nak tunjuk koleksi terbaru FM. FM nie dari China dan Korea yang dibeli melalui internet. Dua couple tu dari Korea dan yang lain tu dari China. Pisang tu dapat hadiah percuma sebab beli semua tu.
Masa jalan-jalan di Lumut bawa pelancong dari Kuala Lumpur hari Rabu lalu jumpa FM Pangkor nie jadi beli sebab tak de dalam koleksi lagi. Yang bulat tu besar, garis pusat 9.5 cm.
Gelas air minuman nie dapat dari pertukaran FM dalam satu forum di internet.

FM nie beli kat Penang masa kursus hari tu, tapi beli kat kedai di hotel je.

Yang nie dari Terengganu.

Feri Pulau Pinang

OK nie catatan terakhir tentang Pulau Pinang. Dah banyak entry tentang Penang nie boring jugak. Pas nie cerita tentang catatan ke tempat lain pulak.

Lama tak naik feri Pulau Pinang. Sebelum nie bila ke Penang pergi dan balik dengan Jambatan Pulau Pinang sahaja, jadi kali nie bila balik naik feri la pulak. Excited rasanya macam bebudak pulak sebab dah lama tak naik feri rasanya last naik feri ada la 5 ke 6 tahun lepas. Lama kan...

Saja la nak tunjuk gambar dari mula-mula ambik giliran sampai ke dalam feri. Teruja rasanya.

Dari dalam feri nie gambar marina di sebelah pengkalan RajaTun Uda dan buih-buih air bila feri mula bergerak.


Feri dari Butterworth dalam perjalanan ke Georgetown. Untuk sejarah tentang feri Pulau Pinang nie cuba lihat blog Panitia Sejarah SMTSM. Klik di sini.
Komtar semakin jauh dari pandangan. Selamat tinggal Pulau Pinang. Entah bila nak sampai lagi

Makan-makan Di Penang

Lapan hari tujuh malam tinggal dan makan di hotel memang la menyeronokkan. Kalau saja-saja nak duduk hotel macam tu... tak cukup fulus pulak. Tapi dalam seronok tu jemu jugak makan-makan di hotel tiap-tiap hari. Menu yang lebih kurang sama dan kadang-kadang tidak memenuhi selera. Jadi bila ada kesempatan keluar jalan-jalan maka peluang diambil untuk merasa makanan Penang. Kan ada yang beri gelaran Penang sebagai Food Paradise. Yang di atas tu adalah nasi kandar di satu kedai makan berdekatan Pasar Chowrasta. Lupa nama apa tapi memang best. Yummy....
Kari kepala ikan kat Penang nie memang la satu lagi masakan yang perlu dirasa. Ok nie kat Restoran Kelawai Fish Head, Kelawai Road atau di Pulau Tikus. Memang sodap la kari kepala ikan di sini.

Nie pula udang bercili atau sambal. Sedap bangat...
Last sekali terung bercili dan semua nie dimakan dengan nasi putih memang menyelerakan. Disirami dengan air kiwi. Mmmm... kena datang lagi nie.

Penilaian dan Peperiksaan

Ramai yang kata cikgu tak ada masalah kalau disuruh bercakap. Memang tidak dapat dinafikan perkara tu, tapi sebagai manusia biasa bila kita dinilai dan disuruh bercakap keluar jugak peluk sejuk, dingin dan macam-macam peluh lagi. Perasaan takut, cemas dan gelabah semua keluar. Nie la yang dirasai bila diuji untuk public speaking, persembahan tugasan individu, persembahan kumpulan dan ujian akhir kursus. Masih lagi bercerita tentang kursus PTK.

Di bilik di ataslah saya dan ahli kumplan PV1 diuji untuk public speaking dan persembahan tugasan individu. Untuk public speaking giliran saya adalah nombor 17. Fuhhh... jenuh tunggu. Bagi cikgu-cikgu yang mengajar dalam bahasa Melayu memanglah satu cabaran tugasan ini. Nak cukupkan 10 minit memang susah. Tapi bila persembahan tugasan individu 10 minit yang diberi tak cukup dan masa nie ramai yang cakap laju untuk habiskan persembahan. Masalah kurang sikit sebab ada bantuan dari slide power point dan berbahasa Melayu. Kali nie saya di giliran ke 4. Lega sebab cepat habis.
Ballroom 1 nie pula adalah tempat untuk persembahan kumpulan. Ada yang bermesyuarat dan ada kumpulan yang mempersembahkan rancangan temubual televisyen.
Cikgu-cikgu dah lama yang tak mengambil peperiksaan bertulis dan menjawab soalan esei, selama nie hanya melihat pelajar-pelajar sahaja yang mengambil peperiksaan.
BERHADAPAN dengan sesuatu peperiksaan utama adalah sesuatu yang menggelisahkan bagi semua orang. Tidak kira sama ada kita seorang yang baru pertama kali menghadapinya ataupun telah berkali-kali menempuhnya. Perasaan berdebar-debar sentiasa menghantui, tidak kira betapa bersedianya seseorang itu untuk menghadapi peperiksaan.
Di ballroom Penang nie Ujian Akhir Kursus dijalankan dan gambar di atas adalah suasana sebelum peperiksaan dan di bawah pula selepas habis ujian dan kertas jawapan sedang dikutip.

Apa pun keputusannya terima je la dengan redha dan anggap sebagai satu pengalaman untuk menjadikan kita lebih baik dari semalam. Insyaallah.

Thursday, November 20, 2008

12 Sifat Sahabat

12 sifat sahabat
1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu
3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik
5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Sungguhpun begitu, kita seharusnya individu yang perlu memiliki sifat-sifat di atas. Semoga persahabatan dan persaudaraan sesama kita sentiasa berkekalan dan menguatkan lagi ukhuwah Islamiah

Wednesday, November 19, 2008

Jeruk Penang

Macam kata Cikgu Lin dalam blog dia bila ke Penang tak sah kalau tak beli jeruk. Ini benda wajib dibawa balik. Jadi ada juga yang pesan dan nak kan jeruk nie. Sekolah dah cuti jadi hanya beli untuk yang pesan sahaja. Maz, sedap tak?
Deretan jeruk hmmm best tau... Jeruk mangga, kelubi, kedondong, pala, bawang putih pun ada dan macam-macam lagi...
Asam ketuk nie saya dah lama tak jumpa, nie kat kedai jeruk nie baru nampak balik. Ingat lagi masa zaman kanak-kanak dulu asam ketuk nie ada dijual di kedai-kedai dan balik sekolah bila ada duit belanja lebih asam nie antara benda yang selalu dibeli.
Selain jeruk basah, ada jugak asam dan jeruk yang kering dijual.
Papan tanda nie kat bahagian tengah pintu masuk ke Pasar Chowrasta. Kereta apa yang dimaksudkan tak tau la... Kalo kereta biasa tu memang tak boleh masuk pun. Jadi????