Sempena hari guru yang lalu terima sms dari Izzati. Selain mengucapkan hari guru dia juga menyatakan hasrat dia dan kawan-kawan berkunjung ke sekolah. Mereka mahu berjumpa dengan guru-guru selain untuk melihat sekolah.
Monday, May 18, 2009
Kunjungan Dari Pelajar
Perjalanan balik
Selalunya gambar-gambar yang diambil semasa ke mana-mana banyak jugak walaupun kamera tak canggih macam orang lain. Dari dulu berminat untuk beli kamera DSLR tapi tak tau bila boleh beli... Masa KPLI dulu dalam subjek Teknologi Pendidikan ada satu tajuk tentang membuat slide untuk P& P. Slide nie rasanya orang sekarang tak guna dah, sekarang pakai power point je... senangkan... Dalam subjek nie kami digalakkan memiliki kamera SLR, (masa tue digital tak de lagi, nie citer zaman batu....) untuk mengambil gambar. Belajar la serba sikit asas fotografi dari pensyarah. Masa mula-mula beli kamera asyik la ambil gambar sana-sini... tengah excited la kata, tapi lelama teruk jugak nak keluar duit untuk cuci gambar. Jadi akhirnya terhenti hobi mengambil gambar nie. Lagi satu bila ambil gambar, gambar kita tak de dalam tue...
Ok nie gambar-gambar yang diambil semasa dalam perjalanan balik dari Pulau Pangkor. Gambar di Jeti Pulau Pangkor dan dalam feri. Saja je nak letak sini. Tak de nak citer apa-apa tengok je la...
Ok nie gambar-gambar yang diambil semasa dalam perjalanan balik dari Pulau Pangkor. Gambar di Jeti Pulau Pangkor dan dalam feri. Saja je nak letak sini. Tak de nak citer apa-apa tengok je la...
Saturday, May 16, 2009
Selamat Hari Guru

Semua kita pernah ada cikgu, pernah ada suka duka dengan cikgu, sebenci-benci kita dengan cikgu kita, tanpa kita sedari mereka banyak berjasa kepada kita pelajarnya. Kepada semua insan bergelar guru atau cikgu diucapkan Selamat Hari Guru! Semoga hidup anda diberkati selalu. Teruskan pekerjaan murni ini dengan ikhlas dan jujur . INSYAALLAH JUTAAN DOA AKAN MELIMPAH KE ATAS DIRIMU!
Friday, May 15, 2009
Di Pangkor
Mulai semalam sampai esok, Sabtu berada di Pulau Pangkor untuk menghadiri satu mesyuarat. Selalu sangat mesyuarat dan kursus diadakan di pulau ini. Sebab tinggal di daerah Manjung jadi bila kata nak ke Pangkor hmmm.... boring la jugak tapi bagi kawan-kawan dari daerah lain memang ternanti-nanti untuk ke sini. Ada yang mengambil kesempatan membawa anak untuk bercuti bersama. Pada mulanya serba salah nak ke Pangkor atau Cameron Highland... Cameron mesyuarat jugak tapi anjuran PPD dan Pangkor anjuran JPN. Last-last ke Pangkor sebab nie mesyuarat kedua selepas ke Pengkalan Hulu bulan lepas. Ke Cameron mesyuarat yang pertama jadi boleh diganti dengan orang lain.
Sunday, May 10, 2009
Hadiah
Hari ini hari ibu dan bulan depan pula hari bapa. Kita selalu bermasalah apabila memilih hadiah. Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya. Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada hubungan lelaki-wanita, sila ubahsuai jika ditujukan kepada orang lain. Pilihlah satu atau pun semua.1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.
2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.
3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.
4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, "Saya suka ketawa bersama awak."
5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang ngam dengan awak" atau "Sedap masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia
6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.
7. Hadiah Bersendirian: Adaketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.
8. Hadiah Keceriaan: Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.
9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.
10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.
Saturday, May 9, 2009
Mak
Hajah Rajamah Binti Haji Kassim
6 Jun 1937 - 18 Januari 2004
Gambar diambil sekitar Mac 2003
6 Jun 1937 - 18 Januari 2004
Gambar diambil sekitar Mac 2003
Menjenguk blog-blog dan laman web di sana sini mula mengucapkan Selamat Hari Ibu kerana esok, 10 Mei adalah sambutan hari Ibu. Tak kira apa pun panggilan kita kepada mereka emak, ibu, mama, ummi, mummy, mek, bonda dan sebagainya mereka adalah insan yang begitu istimewa dan besar peranannya dalam kehidupan seorang anak.buat renungan kita bersama................ khas buat mak tersayang.............
Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang selalu peluk dan cium aku.... mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....makTapi sekarang rasa sedih sangat bila kenang mak dah tiada... semua di atas tue tidak lagi dapat dirasai. Bertuah la mereka yang masih lagi mempunyai ibu. Sementara mereka masih ada tunjukkan lah kasih sayang kita kepada mereka, gembirakan hati mereka, jangan lupa bertanyakan khabar mereka. Walaupun sudah ada keluarga sendiri jangan lupakan ibu dan bapa kita. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mak. AMIN....
Friday, May 8, 2009
Anyway
People are unreasonable, illogical and self centred
Love them anyway
If you do good, people will accuse you of selfish, ulterior motives
Do good anyway
If you are successful, you win false friends and true enemies
Succeed anyway
The good you do will be forgotten tomorrow
Do good anyway
Honesty and frankness make you vulnerable
Be honest and frank anyway
What you spent years building may be destroyed overnight
Build anyway
People really need help but may attack you if you help them
Help people anyway
Give the world the best you have and you’ll get kicked in the teeth
Give the world the best you’ve anyway
( From a sign on the wall of Shishu Bhawan, the children’s home in Calcutta )
Thursday, May 7, 2009
Kunjungan Yang Tak Tiba
Di sekolah hari nie semua berdebar-debar menunggu nazir yang dikatakan akan hadir hari ini.... Ada rakan yang terlupa hari ini Khamis (sebab semalam dia ke Tapah membawa pelajar untuk pertandingan kawad kaki GO) dan tidak memakai baju batik... apa lagi nampak rakan-rakan berbaju batik dan nazir pulak nak datang kelam kabut balik untuk bertukar ke baju batik. Yang tak siap lagi BRM untuk hari ini cepat-cepat siapkan, ABM pun dicari kerana dengarnya pemantauan kali ini lebih tertumpu pada P & P. Rakan-rakan ramai yang suspen je kalau kena pantau (termasuk la saya sekali hahaha...).
Sekolah sebelah yang masuk bertanding dengarnya dilawat oleh nazir hari ini. (Siap sedia je la mana tau nanti mereka nie singgah pula kan....) Tapi kemudian ada rakan-rakan yang fon sekolah di SP sebab dengarnya semalam nazir di sana. Berita yang di terima.... hari ini mereka berada di sana. Semalam di AS. Dan on the way balik nanti baru singgah Perak tentu la sini kan...
Jadi penantian tue tak lagi selesai... Bila pulak???
Sekolah sebelah yang masuk bertanding dengarnya dilawat oleh nazir hari ini. (Siap sedia je la mana tau nanti mereka nie singgah pula kan....) Tapi kemudian ada rakan-rakan yang fon sekolah di SP sebab dengarnya semalam nazir di sana. Berita yang di terima.... hari ini mereka berada di sana. Semalam di AS. Dan on the way balik nanti baru singgah Perak tentu la sini kan...
Jadi penantian tue tak lagi selesai... Bila pulak???
Wednesday, May 6, 2009
Esok Yang Dinanti
Esok hari yang dinanti-nanti oleh semua warga sekolah. Dengarnya Jemaah Nazir akan datang esok... Kelam kabut kawan-kawan mengemas bilik guru, bilik-bilik khas dan menyiapkan fail-fail. Petang tadi dah pukul 6.30 baru tau kedatangan mereka nie confirm esok... Baru tau sebab tadi balik awal kerana ke PPD menghadiri satu taklimat di sana, jadi tak sempat nak bantu kawan-kawan buat persiapan terakhir... Moga hasrat menjadikan STESMA terunggul menjelang 2009 nie menjadi kenyataan. Insyaallah...
Monday, May 4, 2009
Hujung Minggu Yang Lalu
Hari nie mula keje semula setelah bercuti hujung minggu yang agak panjang (3 hari) sempena Hari Pekerja. Bila bersembang-sembang, ramai yang balik ke kampung, jalan-jalan ke tempat peranginan dan shopping. Macam dalam gambar di atas bila bercuti macam-macam boleh dilakukan. Walaupun tinggal berdekatan dengan pantai Teluk Batik dan Pulau Pangkor pun dekat je tapi entah la dua tempat nie tak masuk dalam senarai tempat untuk bercuti. Mungkin sebab dekat je, jadi macam tak hairan nak ke sana sebab kononnya boleh ke sana pada bila-bila masa yang dikehendaki. Teluk Batik memang selalu pegi sebab kalau nak pegi, drive je tak sampai 15 minit dah sampai, tapi tue la sampai sekarang tak pernah mandi-manda di Teluk Batik. Orang jauh yang datang memang selalu dibawa ke sana untuk mandi-manda, tapi sendiri tak pernah.... hmmmm bila nak pegi mandi laut nie???Hujung minggu yang lalu dihabiskan dengan menyiapkan kerja yang perlu dibereskan segera. Alhamdulillah pagi-pagi nie laporan yang perlu disiapkan selesai dan diserahkan kepada Pengetua. Kertas soalan peperiksaan pertengahan tahun pun siap. Rumah yang lama tak dikemas pun dibersihkan (nie pun sebab ada ex-student, Aini Zahirah kata nak datang jadi sempat la kemas rumah. Tapi dapat panggilan telefon dia accident, jadi cancel. Sebenarnya dia nak hantar kad kawin...)
Hujung minggu baru nie ada 4 rancangan TV yang final seperti OIAM, AIM, World Stars Road to Hollywood dan Pesona NONA. Semuanya ditonton. Habis dah tak ke mana.... tengok tv la....
Hmmm kena cari hobi baru la pulak...
Subscribe to:
Posts (Atom)
