Saturday, November 29, 2008
Cikgu Hasnin Terima Menantu
Friday, November 28, 2008
Poem
Masa saya di sekolah rendah dulu dalam mata pelajaran English, ada satu masa yang cikgu English akan mengajar Poem atau Poetry. Di sekolah saya dulu nie kira wajib dipelajari mungkin sebab dulu sekolah Convent kot (sekarang ada tak lagi baca poem nie, rasanya kalo ada pun tak la sampai satu masa untuk poem je kan). Jenuh jugak la nak baca dan hafal poem nie dengan gayanya sekali. Bila exam tak kira la pertengahan atau akhir tahun, semasa exam subjek lukisan cikgu akan panggil la sorang-sorang ke depan untuk recite atau baca poem depan dia. Jenuh la nak ingat poem-poem nie. Bila naik darjah semakin panjang poem nie. Bagi kawan-kawan yang pandai English, nie semua tak de masalah tambah pulak yang selalu masuk pertandingan membaca poem. Tapi bagi saya dan kawan-kawan yang sebaliknya tu hmmm..... memang la seksa jugak. Tue la bila jumpa poem selalu ingat masa belajar poem di sekolah rendah dulu.
Thursday, November 27, 2008
Ambil Darah




Wednesday, November 26, 2008
Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu
Ok abis dah citer jalan-jalan ke Pantai Timur. Cuti sekolah panjang lagi, tak tau nak pegi mana pulak lepas nie. Bulan Disember nie ada kerja yang perlu dilaksanakan yang menyebabkan nak ke mana-mana mungkin susah sikit.
Jamuan Perpisahan 5KE2
Masjid Tengku Tengah Zaharah
Masjid ini dinamakan sempena ibunya, Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja.
Tuesday, November 25, 2008
Masjid Kristal
Ok nie antara gambar-gambar yang diambil di sekitar kawasan Masjid Kristal. Memang indah masjid nie kalau malam dengan lampu-lampu menyala tentu lebih indah. Tapi masjid ini jauh dari kawasan kediaman jadi masa sampai hari tu tak ramai yang bersembahyang. Mungkin insyaallah di masa akan datang lebih ramai yang akan mengimarahkan masjid ini setanding dengan kecanggihan binaannya.
Monday, November 24, 2008
Perjalanan ke Terengganu
Melalui Jambatan Tok Bali, Pasir Puteh dan sampai di Pekan Tok Bali. Nampak tak replika kapal yang tulis Selamat Datang Ke Tok Bali. Singgah di satu pantai iaitu Pantai Bisikan Bayu yang juga dikenali dengan nama Pantai Dalam Rhu kerana terdapat banyak pokok Rhu Rendang yang menjadi tempat berteduh dari panas matahari. Pantai nie sepanjang 3 km tetapi seperti tidak terjaga dan ada lembu yang berkeliaran di pantai ini.
Sunday, November 23, 2008
Pasar Siti Khadijah, KB
Esok pagi lepas sarapan terus ke Pasar Siti Khadijah. Sebab awal lagi jadi peniaga di tingkat 2 dan 3 ramai yang belum buka kedai lagi. Ok nie kira pemandangan yang biasa dan selalu diambil oleh pelancong untuk pasar nie.
Nie bumbung pasar, sebab lut cahaya jadi tempat jual beli sayur-sayuran nie jadi terang. Rata-rata peniaga di sini adalah wanita dan tengok tangan dan leher diaorang masing-masing lip-lap, lip-lap dengan emas. Nampak tak ada dijual telur penyu.
Ada yang kata wanita di Pantai Timur tak kira la sama ada Kelantan atau Terengganu rajin-rajin. Setuju ke? Tapi tak dapat dinafikan di mana saja, orang Kelantan memang suka meniaga. Bila mereka balik kampung mesti bawa balik jualan seperti kain, tudung, kaftan, serunding, keropok dan sebagainya. Betul tak?
Bahagian luar pasar pula banyak dijual buah-buahan dan ada jugak sayur-sayur kampung.
Gambar di bawah adalah antara barang-barang jualan di Pasar Siti Khadijah nie. Ada kain baju, batik, kaftan, songket, tembaga, alatan rumah, keropok, kuih-muih, pisau dan parang dan sebagainya. Nak jalan-jalan di KB boleh naik teksi atau beca. Penarik beca sedang menunggu pelanggan di luar pasar.